Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, May 29, 2013

Bawal Masak Tiga Rasa




Hari-hari masak almaklum cuti sekolah. Masa inilah anak-anak nak merasa masakan ibunya. Kali ini masak bawal tiga rasa pula. Jom kita lihat bahan-bahannya ...

Bahan utama ~ Ikan bawal hitam (lumur sedikit garam) dan goreng hingga garing

Bahan kisar :

4 - 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan pes  (gaul sebati):

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau atau garing.

2. Masukkan bahan pes + garam + gula secukup rasa. Bila agak pekat masukkan ikan bawal. Ok siap untuk dimakan. Mudah dan cepatkan....:)



2 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)