Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, June 17, 2013

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Masak lemak cili padi memang kegemaran kami sekeluarga. Kali ini masak stail orang nogori sembilan. Memang sedap! Jom ikuti resipinya.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil-kecil - panggang dalam pan ajaib sehingga kering airnya)

Bahan kuah : 
Kisar bahan-bahan berikut :
1 inci kunyit hidup
10 - 15 tangkai cili padi
sedikit santan

RM5.00 santan
4 keping asam gelugur
3 batang serai -dititik
1 biji ubi kentang -potong dadu
1 gelas air

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan kuah + separuh santan + ubi kentang = masak sehingga ubi kentang empuk.
2. Masukkan ayam + santan + garam + gula secukup rasa.  Angkat bila kuah telah mendidih. Siap untuk dimakan.
 

2 comments:

  1. sedapnya. nak2 ada pula sambai belacan depan mata. laju j kak

    nak merasa serbuk HALAL CHEESE POWDER tak. kalau nak meh join GA saya ni.

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/qr-mini-giveaway-kedua.html

    ReplyDelete
  2. Betul yang amat! Thanks jemput join GA:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)