Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, February 15, 2014

Pertemuan Dan Perpisahan


17 Januari 2014.

Merupakan tanggal bersejarah buat rakan sejawat Pn Wan Bahiah bt Wan Nik yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai guru. 


 K. Wan yang bersara pada usia 55 tahun.
Nampak masih muda trang-tang-tang! Apa rahsianya awet muda tu??

 Di sebelah petangnya, kami meraikan k. wan di Hotel City Times
yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan.


 
Jamuan hi tea ini atas usaha Pn Noraihan Zainal Abidin. 
Terima kasih Noraihan.

 Antara rakan-rakan yang sertai hi tea ini ialah Pn Rosnita, Pn Ezmah,
Pn Roshanilawatey, Pn Rosiah, Pn Norhafizah, Pn Adhipah juga...

Pn Rozmiza , Pn Rohana dan diriku..


Hidangan hi tea ini juga berbaloi...
kenyang sampai ke malam!!

Pencuci mulut - puding.

2 comments:

  1. Cikgu Wan ni rakan sejawat saya di Kepong, K. Lumpur. Lepas tu dia berpindah ke Selayang, sebelum ke Kuantan. Dulu, beliau suka memakai pakaian suit berskirt, anggun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pun k.wan still anggun..pakaiannya sejak akhir-akhir ni sebelum berpencen ialah jubah.

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)