Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, February 9, 2014

Pulut Cawan Ikan Panggang

Rasanya sudah agak lama juga tak masak pulut cawan ni. Last masak pada bulan 3, 2012! Lama tu....

Memandangkan ada pulut yang dibeli oleh si suami, jadi hari ni buatlah pulut cawan sebelum pulut tu dimakan bubuk! Nak tahu resipinya, klik sini. Cuma kali ni, nyior tu letak garam dan gula sebagaimana yang Yat cadangkan. Sedap rupanya. Terima kasih Yat, semoga Yat dah sembuh daripada kesan demam denggi.

Pulut cawan ini sedap dimakan bersama-sama ikan masin/bilis goreng atau ikan panggang sebagaimana yang kami makan pagi ni.


Tapi si ira pula suka makan dengan keropok keping goreng je.. selera masing-masing, janji makan :)


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)