Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, February 8, 2015

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Hujung minggu ni masak lauk daging salai. Daging salai ini dibeli daripada seorang rakan sejawat lebih kurang seminggu lepas. Tapi pada hari-hari sekolah, tiada kesempatan untuk memasaknya. Jadi hari ini adalah peluang untuk mencuba masakan daging salai keluaran Haji Soid..


Rupa-rupanya sedap jugalah daging salai ini apabila dimasak gulai lemak cili padi. Dagingnya pun lembut dan terasa salainya. Lepas ni boleh order lagi untuk masak daging salai ini, almaklum seisi keluarga menyukainya.
Jom ikuti resipinya :

Bahan Kisar :

1/2 inci kunyit hidup
5 - 6 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
sedikit santan

Bahan kuah :

Santan RM5
3 keping asam gelugur
2 batang serai dititik
2 biji ubi di potong dadu
Segelas air

Cara memasak :
1. Satukan semua bahan (tinggalkan separuh santan). Masakkan ubi sehingga empuk.
2. Setelah ubi empuk, masukkan daging salai dan lebihan santan. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Bila kuah sudah mendidih, tutup api.Siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas!





2 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)