Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, February 15, 2015

Laksa Sarawak

Sejak cuti menunggu result SPM ni, Wani rajin sungguh masak. Baru-baru ini, Wani masak laksa sarawak bagi memenuhi permintaan Syu. Sedap dan menjadilah laksa sarawak Wani ni, cuma kurang pedas sikit. Katanya, " tak boleh pedas sangat, kesian ke syu nanti....tak tahan pedas!"


Bersungguh Wani menyediakan bahan-bahannya seperti isi ayam, udang dan telur dadar. Sayur-sayurannya pula taugeh dan sawi.Tidak ketinggalan sambal ladanya, kalau tak ada tak berapa nak umph!


Bahan paling penting, semestinya bihun yang telah dicelur dengan air panas dan kuahnya. Selamat mencuba resipi ini. Nak dapatkan resipinya, klik sini

1 comment:

  1. Tak pernah try buat laksa sarawak..kalau ada yang tolong buatkan best juga nih..:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)