Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, March 22, 2015

Cuti Sekolah Dah Berakhir!

Cuti sekolah hanya seminggu saja..sekejap je rasa. Esok dah mula sekolah balik. Sudah siap ke kerja rumah yang diminta oleh guru-guru? Kena siapkan sebelum esok tau..cuti-cuti juga, tugasan diberi kena tunaikan.

Malam ini, pastikan baju sekolah, tudung sekolah telah digosok. Jangan nak gosok pagi esok..takut tak sempat. Mana tahu, terlambat bangun, pakai baju dan tudung sekolah berkedut pulak ke sekolah. Baru haru jadinya.

Kasut sekolah macam mana? Sudah basuh ke belum? Sudah terlambat untuk basuh, jika belum basuh! Terpaksa guna plan segera...kapur je terus...hihihi. Rasanya ramai guna plan terdesak ni...hahaha.

Okaylah..nak tidur dulu sebab esok nak bangun awal..bersedia untuk ke sekolah! Nite-nite..

2 comments:

  1. mesti pagi ni bangun dengan penuh semangat .:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seawal 6.30 pg dah bertolak ke sekolah, punyalah semangat..hehehe

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)