Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, March 9, 2015

Kerutuk Ayam


Bahan utama ~ 1 ekor ayam potong kecil

Bahan kisar :

3 - 5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 - 2 inci halia
2 - 4 sudu besar cili boh

Bahan tumis :

Bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
2 batang serai dititik

Rempah :
1 paket kecil rempah kerutuk Adabi
Santan
Lada merah/lada hijau- belah 4
Ubi kentang - potong 4

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis  dan bahan kisar sehingga naik bau atau garing.

2. Masukkan sedikit air + santan + rempah = masak sehingga rempah garing.

3. Masukkan ayam + ubi kentang + santan + air. Masak sehingga kuah agak pekat.

4. Akhir sekali masukkan garam + gula melaka + lada merah/lada hijau. Tunggu dalam 3 -5 minit apabila lada telah layu, tutup api. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak atau nasi tomato.





1 comment:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)