Sunday, June 18, 2017

SUP AYAM


Salam dan selamat berpuasa. Tingkatkan amalan di minggu terakhir bulan ramadhan ini, mana tahu kita bertemu dengan malam lailatul qadar.

Resipi sup ayam ini sebenarnya dimasak oleh ira, atas permintaan si syuhadah.

Jom ikuti bahan-bahannya...

Bahan utama : Setengah ekor ayam (potong kecil-kecil)

Bahan Tumis :

Bawang putih ~ mayang*
Bawang besar ~ mayang*
Halia ~ mayang*
Rempah bunga cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis*
Rempah sup bunjut
Ubi kentang ~ potong dadu
Air secukupnya

Cara memasak :
1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
2. Masukkan air + ayam + sup bunjut + ubi kentang.
3. Perasakan dengan garam + gula secukup rasa.
4. Tutup api setelah ubi kentang dan ayam masak.

Selamat mencuba...

Sunday, June 11, 2017

BUBUR LAMBUK


Salam dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Hari ini, juadah untuk berbuka puasa ialah bubur lambuk. Bubur lambuk ini merupakan juadah yang mesti ada di bulan puasa ini, sama seperti manisan nekbat. Bubur lambuk ini versi terengganu kita! Lain negeri lain sedikit resipinya. Jom ikuti resipinya...

Bahan utama :
Beras (1 1/2 pot) basuh dan letak air penuh periuk
1 keping ikan tenggiri
Halia muda (hiris nipis)
Bawang besar (mayang)
Lada hitam (tumbuk hancur)
1 kiub pati ikan bilis
2 ikat ulam-ulaman bubur lambuk
Sos budu

Cara Masak :

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana, kecuali sos budu dan ulam-ulaman.
2. Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan tumbuk sampai lumat. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk bubur berkenaan. Kacau sehingga sebati.
3. Masak sehingga nasi bertukar menjadi bubur. Masukkan ulam-ulaman. Letak garam + gula  secukup rasa.
4. Tutup api bila bubur sudah pekat. Semasa nak hidangkan, tambahkan sos budu.

Friday, June 9, 2017

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Salam dan selamat berpuasa.

Semalam masak lauk lemak cili padi lagi. Permintaan wani kali ini. Sebelum ini masak lauk ayam kerutuk permintaan ira. Tiap-tiap hari ni makan lauk bersantan! Nampak gayanya lepas ini kena makan lauk tumis air atau rebus-rebus sahaja supaya seimbang!

Berbalik kepada ayam masak lemak cili padi ini, jom lihat resipinya.

Bahan utama :
1 ekor ayam (potong kecil) ~ panggang dalam pan sehingga hilang air ayam. Lagi sedap jika kulitnya hangus sedikit.

Bahan Kisar :
Cili padi (terpulang letak banyak mana)
Kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
Santan

Kuah :
Santan
Sekeping asam gelugur
2 batang serai dititik
Air

Cara masak :

1. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk  + serai dan masak sehingga mendidih.

2. Masukkan ayam + bahan kuah. Perisakan dengan garam + gula secukup rasa.

3. Setelah mendidih, tutup api. Siap untuk hidangan berbuka puasa.

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa semua.....daaa

Monday, June 5, 2017

Ciri penduduk berlebihan dan penduduk kurangan

Soalan : Bandingkan ciri-ciri penduduk berlebihan dan penduduk kurangan.


PENDUDUK BERLEBIHAN
PENDUDUK KURANGAN
-Kadar kelahiran tinggi
-Kadar kelahiran rendah
-Kadar kematian tinggi
-Kadar kematian rendah
-Jangka hayat penduduk rendah
-Jangka hayat penduduk tinggi
-Kadar buta huruf tinggi
-Kadar buta huruf rendah
-Taraf pendidikan rendah
-Taraf pendidikan tinggi
-Negaranya mundur
-Negaranya maju

sila ke link berikut untuk maklumat lebih banyak

http://kelip-kelipancontest.blogspot.my/2017/06/ciri-ciri-kurang-penduduk-penduduk.html

Saturday, May 27, 2017

Nekbat

Salam...
Semoga hari ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada semua. Tidak lupa juga diucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam.

Hidangan pencuci mulut pertama untuk berbuka di hari pertama berpuasa tahun ini ialah nekbat.
Nekbat merupakan hidangan tradisional masyarakat Melayu orang-orang Trengganu.

Hidangan ini amat mudah untuk disediakan.
Hanya didihkan air panas bercampur gula (mengikut kemanisan masing-masing). Masukkan daun pandan untuk membangkitkan aroma harumnya. Setelah air mendidih dan gula larut sepenuhnya, masukkan netbat. Masak seketika sehingga nekbat menyerap air sepenuhnya. Matikan api. Simpan dalam peti ais supaya sejuk. Hidangkan semasa berbuka nanti.

Selamat mencuba.

Sunday, May 21, 2017

Printed Cotton Long Dress RM80

Salam dan selamat pagi. Semoga hari ini membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada semua. Kali ini dipamerkan jubah kain cotton untuk tatapan semua. Jika berminat bolehlah whatapps saya :)

Jubah cotton ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, maroon dan navy. Pilihan saiznya pula dari saiz s hingga double xl.

Black

Maroon

Navy
 Saiz Jubah :

Size S: Length: 138cm Bust: 84cm Waist: 78cm Shoulder: 36cm Sleeve: 57cm
Size M: Length: 139cm Bust: 89cm Waist: 83cm Shoulder: 37cm Sleeve: 58cm
Size L: Length: 140cm Bust: 94cm Waist: 88cm Shoulder: 38cm Sleeve: 58.5cm
Size XL: Length: 141cm Bust: 99cm Waist: 93cm Shoulder: 39cm Sleeve: 59cm
Size XXL: Length: 142cm Bust: 104cm Waist: 98cm Shoulder: 40cm Sleeve: 60cm
Material: Stretchable knit cotton
Description: Front Zip for BF , Side Hidden Pockets.


Berminat : whatapps teratai 019 9554545
 

Wednesday, May 10, 2017

LAUK NASI LEMAK : IKAN TONGKOL MASAK MERAH


Salam dan selamat pagi. Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak. Ini merupakan peluang bagiku untuk membuat sarapan pagi ini. Sarapan yang digemari ramai iaitu nasi lemak ikan tongkol masak merah ala terengganu. Di Kuantan ini, agak sukar untuk makan nasi lemak dengan ikan tongkol ini. Jarang-jarang je jumpa yang memenuhi seleraku... Jom masak!

Bahan Utama : Ikan tongkol ( potong kecil 3 atau 4 bergantung kepada saiz ikan). Ikan tongkol direbus dahulu (air rebusan + asam keping + garam kasar)

Bahan kuah :

1 labu bawang besar ( kisar halus )
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar kicap manis

Cara memasak :

1. Tumis bawang + cili boh hingga garing. Masukkan air rebusan sambil mengaringkan tumisan bawang + cili boh itu.
2. Masukkan nisan kelapa (secukup rasa) + sedikit gula + garam kasar.
3. Akhir sekali masukkan ikan tongkol tersebut dan lebihan air rebusan. Apabila kuah memekat, tutup api. Hidangkan bersama-sama bilis goreng dan telur rebus.

Selamat mencuba.


Monday, May 8, 2017

MEE REBUS


Salam & selamat malam.

Semalam aku masak mee rebus untuk sarapan pagi. Almaklum peminat-peminat mee rebus ada di rumah! Semua sedang bercuti dari belajar kecuali syu yang sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pertengahan tahunnya.

Jom ikuti bahan-bahan membuat mee rebus ini.

Bahan utama ~ 2 bungkus mee rebus. Basuh mee rebus dan rendam dalam air panas. Toskan apabila mee sudah lembut.

Isi ayam
Bebola ikan
Sayur sawi manis
Kiub pati ayam
Air secukupnya

Bahan-bahan tumis :

Bawang putih, bawang besar (kisar)
Lada hitam (tumbuk sehingga halus)

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan kiub pati ayam.
2. Masukkan isi ayam + bebola ikan + air secukupnya.
3. Setelah air mendidih, masukkan sayur. Setelah sayur sedikit layu, masukkan mee. Letak garam + gula secukup rasa. Hidangkan bersama-sama sambal kicap cili padi.

Sunday, May 7, 2017

Menu tengahari

Hari ini makan nasi putih dengan lauk ikan bawal masak merah, kangkung goreng belacan dan kacang bendi celur. Kangkung goreng belacan tu angah yang masakkan. Sedap.
Alhamdulillah.

Saturday, May 6, 2017

FAKTOR MEMPENGARUHI PERUBAHAN PENDUDUK



Untuk keterangan lebih lanjut tentang :

1. Faktor mempengaruhi kadar kelahiran , sila klik link ini

2.  Migrsi, sila klik link ini

PERUBAHAN PENDUDUK


Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk di sesebuah negara sama ada bertambah atau berkurang. Pertambahan penduduk atau pengurangan penduduk di sesebuah negara dipengaruhi oleh kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi.

Pertumbuhan penduduk positif (pertambahan penduduk) berlaku apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian. Ataupun migran yang berpindah masuk (imigrasi) melebihi migran yang berpindah keluar (emigrasi).

Pertumbuhan penduduk negatif (pengurangan penduduk) terjadi apabila kadar kematian melebihi kadar kelahiran. Kemungkinan juga migran yang berpindah keluar (emigrasi) melebihi kadar migran yang berpindah masuk (imigrasi).

Sunday, April 30, 2017

Jubah Bunga RM90 (termasuk pos)

Salam dan selamat pagi. Ingin dapatkan baju raya? Tapi ongkosnya tidak terlalu mahal. Di sini ada menawarkan jubah yang harganya tidak sampai pun RM100. Hanya RM90 dan itupun telah bermasuk kos pos. Ada 3 pilihan yang ditawarkan dan saiznya dari s hingga double xl.Material kainnya ialah polyblend dengan inner sekali. Tapi lengan tiada inner ye. Satu lagi keistimewaan jubah ini ialah sesuai juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ada zip di bahagian hadapan. Juga terdapat kocek sorot ye...

Black

Navy

Ivory

Ukurannya seperti berikut :

Size S: Length: 140cm Bust: 89cm Waist: 83cm Shoulder: 36.5cm Sleeve: 57.5cm
Size M: Length: 141cm Bust: 94cm Waist: 88cm Shoulder: 37.5cm Sleeve: 58cm
Size L: Length: 142cm Bust: 99cm Waist: 93cm Shoulder: 38.5cm Sleeve: 58.5cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 104cm Waist: 98cm Shoulder: 39.5cm Sleeve: 59cm
Size XXL: Length: 144cm Bust: 109cm Waist: 103cm Shoulder: 40.5cm Sleeve: 59.5cm
Material: Polyblend With Inner Lining ( Sleeve Without Lining )
Description: Front Zip for BF , Hidden Side Pockets. 


Jika berminat, boleh hubungi whatapps : Teratai 019 9554545

Thursday, April 20, 2017

Relakskan muka!

Isnin :17 April 2017

Usai sarapan pagi di Mega View, aku dan Chah bertolak ke Kedai Beauty dan Healthy EZ.  Niat di hati, nak buat facial. Harap-harap muka lebih berseri..hihihi


Senang saja nak cari kedai Ezmah ini, rupa-rupanya kedainya bersebelahan dengan Restoran Sri Kampung. Alhamdulillah parking ada di hadapan kedainya, jadi senanglah aku nak parking innova aku ini.

Sampai aje di kedainya, kami disambut mesra oleh pemiliknya (Ezmah Mahmud) dan pekerjanya (panggil Aini je). Mesra pelanggan sungguhlah ...puashati dengan layanan yang diberikan.


Lama jugalah kami membuat facial treatment hari itu, dari pukul 10.30 hingga pukul 12.30 tengahari. Barangan yang digunakan juga 100% halal, keluaran Dr Azimuth. InsyaAllah kami akan membuat lagi rawatan muka di sini. Selain facial treatment, terdapat juga lain-lain rawatan seperti bekam dan pemeriksaan kesihatan. 

 Lihat tu..berseri-seri wajah kami selepas facial treatment ini...jom-jom kita pergi lagi!

Tuesday, April 18, 2017

Nyamannya...

 17 April 2017 ~ Isnin


Seawal 6.40 pagi, aku sudah bertolak menghantar syuhadah ke sekolahnya. Tapi hari ini aku cuti, sebab semalam Kejohanan Sukan Tahunan SMKTP Kali Ke 48. Setelah menghantar syuhadah, aku bergegas mengambil Chah di rumahnya...bersemangat nak pergi jogging di benteng pula!


Lebih kurang pukul 7.45 pagi, kami sampai di parking Mega
View...kami menyelusuri benteng..berjalan-jalan sambil menghidup udara segar di pagi hari. Pemandangan Sungai Kuantan pun sangat cantik dan nyaman. Minda terasa tenang.



Alhamdulillah

Sudah lama ku tunggu berita ini
Akhirnya diterima pada hari ini
Terima kasih kepada penaja iklan di blog ini
Bersyukur yang amat kepada Ilahi..

Sunday, April 16, 2017

e- filing lhdn

Salam dan selamat pagi..
Sudahkah anda mengisi e-filing masing-masing untuk pendapatan tahun 2016?
Jika belum, pastikan anda mengisinya sebelum akhir bulan April ini. Jika terlupa link tu..sila klik link lhdn seperti gambar di bawah di blog ini.


Sunday, April 9, 2017

Bawal Sweet Sour


Hari ini masak satu lauk saja. Lauk ini pula mudah atau simple saja. Rasanya semua tahu lauk apa, bila lihat tajuknya..hehehe

Bahan utama ~ 1 ekor ikan bawal (potong 3)

Bahan Kuah ~kisar semuanya
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan sos ~
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili

5 batang cili padi (jika suka pedas)

Sayur-sayuran ~
Bunga kobis
Lobak

Cara masak :
1. Ikan bawal dilumur garam dan goreng sehingga garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato + sos cili + air secukupnya.
4. Masukkan sayur-sayuran + cili padi. Garam dan gula secukup rasa.
5. Akhirnya masukkan ikan bawal yang telah digoreng garing itu. Siap. Sedap dimakan dengan nasi putih...



Tuesday, April 4, 2017

Walnut Brownies

Image may contain: dessert and food 

RM8.00 sebekas (10 biji)
Area: Kuantan
Berminat , boleh tinggalkan nombor telefon di komen.

Saturday, March 25, 2017

Jubah Crepe RM90 (free pos)



Measurement:
Size S: Length: 140cm Bust: 90cm Shoulder: 35.5cm Sleeve: 58cm
Size M: Length: 141cm Bust: 94cm Shoulder: 37cm Sleeve: 58.5cm
Size L: Length: 142cm Bust: 98cm Shoulder: 38.5cm Sleeve: 59cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 103cm Shoulder: 40cm Sleeve: 59.5cm
Size XXL: Length: 144cm Bust: 108cm Shoulder: 41.5cm Sleeve: 60cm
Material: Crepe
Description: Front Zip for BF , Both sleeve end with zip, Hidden Side Pocket

Sesiapa berminat boleh whatapps :019 9554545 (mega) 

Tuesday, March 21, 2017

Jubah RM80

Ini ukurannya.
Measurement:
Size S: Length: 140cm Shoulder: 37cm Bust: 94cm Waist: 90cm Sleeve: 58.5cm
Size M: Length: 141cm Shoulder: 38cm Bust: 99cm Waist: 95cm Sleeve: 59cm
Size L: Length: 142cm Shoulder: 39.5cm Bust: 104cm Waist: 100cm Sleeve: 60cm
Size XL: Length: 143cm Shoulder: 41.5cm Bust: 109cm Waist: 105cm Sleeve: 61cm
Size XXL: Length: 144cm Shoulder: 43cm Bust: 114cm Waist: 110cm Sleeve: 62cm
Material : Printed Satin
Description: Front Zip , Both Sleeve end with Zip, Side Hidden Pocket

Jika berminat boleh whatapps 019 9554545 (mega)

* harga belum termasuk harga pos.

Sunday, February 26, 2017

Soalan Latihan : Mata Angin

Dalam mentafsir peta, arah mata angin amat perlu diingati. Cuba jawab soalan di bawah.
Nyatakan kedudukan mata angin objek-objek dalam gambar di bawah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...