BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label book review buku. Show all posts
Showing posts with label book review buku. Show all posts

Sunday, January 7, 2024

NASIHAT BUAT DIRI (3 DALAM 1) - 2024

 




Tajuk: Nasihat Buat Diri (Pesanan dan Pedoman Yang Menyentuh Hati)
ISBN: 978-629-7564-89-0
Penerbit: PTS
Penulis: Nur Mohamad Adli Rosli & Mohd Khairi Ismail
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 305
Halaman: Hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.41 kg
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.5cm x 1.5cm
 
SINOPSIS
 
Nasihat Buat Diri : Pesanan dan Pedoman yang Menyentuh Hati disusun berpandukan metod dakwah al-Quran yang menjadikan nasihat sebagai medium utama dakwah para nabi, buku sederhana ini menggabungkan nasihat-nasihat bermakna dari 3 buah buku yang bertajuk Nasihat Buat Hati, Nasihat Buat Diri dan Pedoman Buat Umat.

Buku ini mengandungi 75 ungkapan nasihat dan tausiyah yang disampaikan oleh murabbi yang dikenali dan dicintai ramai iaitu Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid. Nukilan ini adalah salah satu usaha dakwah melalui penulisan yang ingin dikongsikan kepada para pembaca yang budiman.

Moga para pembaca dapat mengambil teladan serta iktibar daripada kisah-kisah dan kata-kata mutiara ilmu para ulama yang terdapat dalam karya ini. Didoakan juga setiap manfaat yang ada dalam buku ini menjadi pedoman buat seluruh masyarakat serta bakal menjadi berita gembira buat kita semua di akhirat kelak.
 
 
Klik sini untuk beli buku NASIHAT BUAT DIRI 

Tuesday, August 3, 2021

Set Jom Kuasai Suku Kata (3 Buku)

Set Jom Kuasai Suku Kata (3 Buku) ini mengandungi 3 buku :

1. Mengenal, Membaca Dan Membunyikan Suku Kata Buku 1

2. Mengenal, Membaca Dan Membunyikan Suku Kata Buku 2

3. Mengenal, Membaca Dan Membunyikan Suku Kata Buku 3


Ilustrasi menarik dan aktiviti menarik dalam buku ini dapat merangsang minda kanak-kanak pra-sekolah untuk mempelajari asas Bahasa Malaysia iaitu penguasaan suku kata. Buku di dalam siri ini dicipta supaya kanak-kanak dapat belajar membaca dan bercakap dalam jangka masa yang singkat. Bersama dengan bantuan seorang dewasa, pembaca muda tersebut mampu untuk mencapai matlamat ini.

Siri in sesuai untuk kanak-prasekolah tadika dan boleh digunakan untuk pembelajaran sendiri di rumah ataupun di dalam kelas. - Menolong pelajar memahami suku kata - Mengandungi perlbagai aktiviti - Mempelajari Bahasa Malaysia dengan senang - Teknik membaca yang telah diuji - Buku berkualiti 

 

 HARGA RM10

Dapatkan di sini : SET JOM KUASAI SUKU KATA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...