BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label pelamin. Show all posts
Showing posts with label pelamin. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Pelamin Along




Putih Pink Tema Pilihan,
Sungguh harmonis jua nan indah,
 Tirai pelamin langsir pilihan,
Bunga kipas disusun indah..

Hasil hiasan kreativiti sendiri,
Apa yang penting puas di hati,
Bertakhta di Hari Raja Sehari
    Menjadi kenangan kekal abadi...

Sunday, February 3, 2013

Selamat Pengantin Baru Mila n Fikri


Selamat pengantin baru buat Nur Sharmila dan pasangannya, Fikri. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.


Semalam pergi kenduri bekas pelajar di Sungai Isap, Kuantan. Meriah sungguh majlisnya yang diadakan di Dewan Seri Mentiga, Sungai Isap. Apa yang menarik perhatianku ialah  pelaminnya yang bertemakan warna pink. Cantik sungguh.

Selain itu, hiasan tempat makan beradat juga amat cantik. Latarnya juga berwarna pink.Sejuk mata memandang!



Friday, December 21, 2012

Pelamin Perkahwinan Untuk Lokasi Di Dewan





Pada hari ini, ramai pasangan kekasih  memilih masjid yang gah tersergam indah seperti Steel Mosque untuk diijabkabulkan. Begitu juga dengan majlis resepsi, ada yang memilih dewan untuk dilaksanakan.

Baru-baru ini, saya bersama anak-anak telah menghadiri satu majlis resepsi yang diadakan di sebuah dewan iaitu Dewan Seri Seroja yang terletak di Presint Diplomatik (Presint 15), Putrajaya (lihat lokasinya di bawah).

peta google

Oleh kerana majlis ini diadakan di dewan, jadi pelamin yang disediakan tersergam indah di ruang hadapan di atas pentas. Dari jauh, telah memukau pandangan hadirin. Walaupun, hiasannya ringkas, tetapi tetap menarik.

Jika ada yang berhajat untuk melangsungkan majlis resepsi di dewan bolehlah memilih konsep ini.

Sunday, November 25, 2012

Putih Kuning Memang Menyerlah!


Berlatar belakangkan warna kuning lembut/ kuning air bergandingan dengan warna putih kapas, pelamin nampak begitu menyerlah kecantikannya.

Hiasan pelamin yang ringkas dijambangi bunga-bunga mawar putih-kuning menyerikan lagi keindahan pelamin ini.

Warna kerusi pengantin yang senada dengan pelamin menimbulkan keharmonian dan menjadikan pelamin ini tampak anggun dan bergaya.

Kepada bakal pengantin, mungkin pelamin ini boleh dijadikan pilihan anda! Atau boleh juga memilih yang konsep cinderela atau konsep bird nest in the garden!


Saturday, November 10, 2012

Musim kahwin dah bermula


Bermula sahaja cuti sekolah, musim kahwin bagi dua sejoli pun bermula. Bagi menjimatkan kos perkahwinan, ramai pasangan terutamanya dalam satu keluarga dibuat serentak. Dengan cara ini kos dapat dijimatkan. Begitu juga dengan masa, masa digunakan secara maksima.

Pelamin yang disediakan ada pelbagai tema seperti bertemakan fairy tale (cinderella). Kali ini tema pelamin bird nest in the garden. Pelamin dihias dengan juntaian daun dan bunga-bunga hidup yang menyegarkan. Walaupun simple tetapi tetap cantik!

Monday, September 17, 2012

Pelamin Perkahwinan konsep "Cinderela"

Cantik sungguh pelamin perkahwinan anak saudara suamiku yang berlangsung pada 15 September lepas. Temanya 'fairy tale'..ala cinderela..
Begitu juga dengan keknya yang berbentuk kereta kuda buah labu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...