BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, October 27, 2012

Hari Raya Haji Pertama : Nasi Minyak Gulai Ayam

 Atas permintaan Angah yang balik bercuti sempena hari raya haji ni, hari pertama masak nasi minyak dengan dua jenis lauk iaitu gulai ayam dan daging masak merah beserta acar timun. Dalam entri ini, aku akan masukkan resipi gulai ayam yang aku ceduk dari blog secubit garam.


menu nasi minyak.....
Resipi Asal : K. Nor Secubit Garam
Diubahsuai : Teratai K3

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
Bahan Kisar :
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1/4 in lengkuas
1 in kunyit hidup
 Bahan Pelengkap :
3 sudu besar rempah gulai/kari ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat  (RM3) ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan tumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan kisar. Masak hingga pekat dan masukkan paste  rempah gulai/serbuk kari.
2. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
3. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
4. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
5. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala. Masukkan  garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
6. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

Gulai ayam terengganu style





7 comments:

  1. saya buat laksa jer raya pertama...hari ni (raya ke2) dh selamat mendarat di Kuching...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ante telah buat perut ane terasa lapar..
    Erm, selalunya orang bercerita pasal daging, tp kali ni ayam la pulak, menarik.

    ReplyDelete
  3. kite buat gulau udang je sebab ayam sold out..huhu

    ReplyDelete
  4. kelainan..selalu mkn dgn ayam masak merah je..=)

    ReplyDelete
  5. nak ajak join giveaway terbaru saya

    http://www.therosputih.blogspot.com/2012/10/special-giveaway-by-therosputih.html

    ReplyDelete
  6. Raya kedua saya buat ayam masak merah kesukaan anak2..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...