Artikel berkaitan
Wednesday, October 31, 2012
Hari Raya Kedua : Nasi Telur
Ini pertama kali buat nasi telur. Sebelum ini angah yang masak,tapi hari ini (27/10/12) Angah sakit perut, minta tolong aku buatkan nasi telur ini... Rupa-rupanya tak adalah susah manapun nak buat nasi telur ni. Cuma bahan-bahannya seperti hati, daging dan telur hendaklah digoreng dahulu barulah kerja menjadi cepat!Jom layan resipinya ...
Resipi Asal : Namia Sehari Di dapur
Diolah : Teratai K3
Bahan Utama : Nasi putih (tanak seperti biasa)
Bahan-bahan perencah :
Daging ~ hiris kecil-kecil
Hati lembu ~ hiris dadu kecil-kecil
Telur (3 biji) ~ pukul sedikit + garam
Ikan masin/ Telur masin ~pilihan
Cara penyediaan :
1. Gorengkan satu persatu bahan perencah, angkat bila dah masak/garing. Untuk telur, gunakan penapis santan supaya telur tu berurai-urai semasa digoreng!
2. Gaulkan semua bahan perencah dengan nasi putih....siap untuk dimakan. Sedap dimakan dengan gulai ayam, daging masak merah dan acar timun.
Labels:
nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betoi2 sedappp nie...:)
ReplyDeletex pernah dengar n makan pun....
ReplyDeletesedapnya...minta2..kikiki xtau malu
ReplyDeleteassalam teratai..pertama kali acik jumpa resepi nasi telur ni.
ReplyDeleteaduh..terliur plak...
ReplyDeleteoo.. macam tu rupanya nasi telur..
ReplyDeleteboleh cuba buat ni.. ^_^
owh..ada jugak ea nasi telur..nmpak mcm nasi goreng..
ReplyDeleteboleh try nie..hehe..
tak pernah rasa... nampak cam sedap je kak
ReplyDeletehaaa yg ni mcm boleh try je kat rumah. hehe
ReplyDelete