Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, May 26, 2013

Kerutuk Ayam

Semalam masak lauk kerutuk ayam menggunakan rempah yang diberikan oleh nora admin blog   secubit garam.



Bahan Utama : 1 ekor ayam

Bahan Tumis :

4 sekawan (cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang)
2 batang serai - dititik

Bahan Kisar :

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili boh

Bahan Pelengkap :

1 paket kecil rempah kerutuk (Dayang Suri) - jenis lain pun boleh
RM5 santan
1 gelas air
1 biji ubi kentang - potong dadu
3 tangkai cili hijau/merah - belah 2

Cara Memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing. Masukan air sedikit.

2. Masukkan rempah kerutuk + sedikit santan = masak sehingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam + santan + ubi kentang + garam/gula/nesan secukupnya. Masukkan lada hijau/merah. Setelah lada agak layu, matikan api apabila kuah agak pekat.



No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)