Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, June 5, 2013

Kerutuk Ayam




Ini merupakan kali kedua aku masak lauk kerutuk ayam. Kali ini masak sebab angah balik bercuti seminggu sebelum final examnya. Almaklum angah memang suka lauk ayam kerutuk ini. Jom ikuti bahan-bahannya :

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil)

Bahan tumis :
4 sekawan (bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang)
2 batang serai (dititik)

Bahan kisar :
1 ingi Halia
1 labu Bawang besar
5 ulas Bawang putih
2 sudu besar Cili boh

Rempah kerutuk
Santan (RM5.00)
ubi kentang
Air

Cara memasak :

1. Tumis 4 sekawan  + serai sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
2. Masukkan rempah kerutuk + air + sedikit santan = masak sehingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam + ubi kentang + santan + air = masak sehingga kuah agak pekat. Angkat.



8 comments:

  1. kerutuk ayam? tak pernah lagi makan. eh..dia ada nama lain tak?
    nyum...nyum... boleh lah fyna cuba masak lepas nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu kak..itulah namanya. Ini masakan orang2 lama di K. Trg. Zaman dulu2 rempahnya dibuat sendiri. Tapi sekarang ni, rempah kerutuk ini banyak dijual di pasar raya atau di Kedai Payang, K. Terengganu. boleh juga guna rempah kerutuk adabi. Sedap juga :)

      Delete
  2. kakak sy suke buat kerutuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan, rasanya pun agak berbeza daripada kari!

      Delete
  3. alahai sedapnya... masakkan untuk saya ok... laporrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kena masak sendirilah ya!Ikuti langkah2nya mudah je...

      Delete
  4. kerutuk ayam? first time dengar. boleh try ni.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try ya Ayu baru tahu kesedapannya!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)