Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, June 7, 2013

Tenggiri Masak Keng Som




Hari ini masak ikan tenggiri keng som. Mudah saja resipi ini tapi sedap. Jom ikuti cara-cara memasaknya.

Bahan utama : 2 keping ikan tenggiri

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai 
sedikit belacan
cili padi (5 -6 tangkai)

Bahan kuah :
1 mangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur
1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya

Sayur :
kangkung


Cara-cara memasak :

1. Campurkan semua bahan kisar + bahan kuah = masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan tenggiri + sayur kangkung + garam + gula/nesan secukupnya = masak sehingga ikan dan sayur layu. Angkat, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.


4 comments:

  1. Replies
    1. Tengok je, cubalah buat... hihihi

      Delete
  2. Sedapnya... tenggiri mahal kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2pun tenggiri agak mahal harganya, tapi amat sedap dimakan!Tambah2 tiada tulang, rasa selamat je makan oleh anak2 :)

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)