BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, September 29, 2010

Rutin Harianku Berubah.....


lazimnya selepas sekolah

aku sibuk mengambil dan menghantar
anak-anakku...angah dan ira ke
kelas tambahan, pusat tuisyen atau ke KAFA
atau mengambil syu jika suamiku 'out station'

tapi kini
semenjak bak dimasukkan ke wad 8B di HTAA
aku terpaksa mengubah rutin harianku
jika aku mengambil syif menjaga bak di sebelah petang
angah, wani dan ira terpaksa menolongku
mengambil syu dari sekolah...
alhamdulillah mereka faham situasiku...

jika aku...
menjaga bak di sebelah malamnya pula
aku menyerahkan tugas mengejutkan anak-anak
di waktu pagi kepada suamiku
alhamdulillah suamiku memahami dan mengerti
kesulitan yang aku hadapi kini...

cuma satu...
yang bermain di benak fikiranku
bagaimana aku terpaksa menguruskan anak-anak
dan menjaga bak...
jika suamiku terpaksa 'out station' dalam jangka masa lama
sebagaimana yang berlaku sebelum ini....
semuanya aku berserah kepada Yang Maha Kuasa
kerana setiap sesuatu kekusutan pasti ada jalan penyelesaiannya

Monday, September 27, 2010

Macaroni Sup


Bahan-bahannya:

250gm macaroni (san remo)
bebola ikan (paket kecil~cap mushroom)
1 biji ubi kentang (potong dadu)
isi ayam (potong dadu)

Bahan-bahan untuk ditumis:

1 labu bawang besar (dimayang)
4 - 5 ulas bawang putih (dimayang)
4 - 5 batang bunga cengkih
4 - 5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 bungkus sup bunjut (cap adabi)
sedikit minyak
Cara membuatnya:

1. Macaroni direbus sehingga kembang, kemudian toskan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan untuk ditumiskan...sehingga garing masukkan isi ayam,ubi kentang dan bebola ayam, kemudian masukkan air.

3. Setelah sup mendidih, masukkan macaroni, garam dan gula secukup rasa~matikan api setelah mendidih. Hidangkan dengan serbuk lada hitam (cap mccormick).


*Sedap dimakan ketika masih panas...selamat mencuba*

Saturday, September 25, 2010

Alkisah ma dan bak lagi....



hari ini...
giliran aku dan suamiku
menjemput ma dan bak
dari rumahnya di k.t
untuk menginap semula
di rumah yat dan yusof

hari ini...
aku merasa pilu melihat
keadaan bak yang lesu tidak bermaya
entah kenapa bak tiada selera
untuk menjamah makanan
risau aku memikirkan keadaan
bak ini...


Thursday, September 23, 2010

Ucapan raya drp along n aqilah


Utusan Malaysia: Khamis,19 Ogos,2010

"salam perantauan"
ucapan salam aidilfitri mewakili diri
sebagai pengganti menghadirkan diri
memohon maaf andai terkhilaf
buat keluarga yang dicintai
juga rakan sahabat handai
walaupun jauh di mata
namun dekat di hati..



Masak Lemak Pucuk Paku
















Bahan-bahan:


3 ikat pucuk paku
1 biji ubi kentang (potong dadu)
santan (RM3.00)
ikan bilis (ditumbuk sedikit)

Bahan-bahan dikisar:

6 - 7 biji cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
1 labu bawang besar (saiz sedang)
1 cm kunyit hidup

Cara memasak:

1. Bahan-bahan dikisar dicampurkan dengan ubi kentang dan santan (letak separuh dahulu santan)~masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga panas. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

2. Masukkan pucuk paku (buang batangnya), masakkan sekejap dan tambahkan separuh lagi santan~biarkan sekejap dan kemudian matikan api dapur.


*sedap dimakan bersama-sama cencaru goreng berlada*

Wednesday, September 22, 2010

Penunggu pintu dapurku...



"Hitam" nama diberi
sempena warnanya yang hitam
sering muncul...
tatkala
pintu dapurku dibuka
meminta secebis makanan
yang bakal menjadi habuan
mengisi perut yang kelaparan!!!

"Hitam" nama diberi
penuh setia menunggu
huluran cebisan makanan...
daripada
anak-anakku yang mengasihani
penunggu pintu dapurku ini!!!

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Maju Jaya Ira....



hari ini tarikh penting bagi ira
tarikh yang akan menentukan kemana
arah tujuan ira selepas ini...
ke sekolah harian biasa
atau
menjejaki kedua-dua kakaknya
ke sekolah ......
semuanya terpulang kepada ira


hari ini tarikh penting bagi ira
membuktikan kesungguhan
segala penat lelah selama ini
membuahkan hasil yang masak ranum
atau.....


hari ini tarikh penting bagi ira
selamat maju jaya ira
hadapi UPSR dengan tenang dan yakin
insyaAllah kejayaan menjadi milikmu!


Monday, September 20, 2010

Rabiatul Adawiyah~Perindu Cinta Abadi

Sebuah novel sejarah srikandi Islam yang disampaikan dalam bentuk penceritaan oleh pengarangnya Zahiruddin Zabidi.

Buku ini mengisahkan seorang wali Allah~seorang wanita Islam bernama Rabiah (nama yang diberikan ayahandanya Ismail al-Adawiy) yang bermaksud keempat.

Plot penceritaan yang menarik menyebabkan kita ingin terus membaca buku ini. Ranjau kehidupan yang terpaksa dilalui Rabiah semasa dalam usaha beliau mencari cinta sejatinya ( kecintaannya kepada Allah)dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah difahami maksudnya.

Setelah membaca buku ini, saya merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa banyaknya kerugian yang telah saya alami akibat kealpaan diri dalam mengejar kemewahan dunia,sehingga mengabaikan keredhaan Allah!

Sesungguhnya, buku ini boleh dijadikan pedoman kepada kita untuk menjadi seorang Islam yang sejati.

Sunday, September 19, 2010

cencaru goreng berlada


Bahan-bahannya:

2 ekor ikan cencaru
2 cb bawang kisar
2 cb cili boh
garam,gula dan kunyit secukup rasa
minyak untuk mengoreng

Cara memasaknya:

1. Gaulkan semua bahan-bahannya.

2. Lumurkan bahan tadi ke atas ikan dan bahagian dalam ikan (belah belakang ikan cencaru)

3. Lepas tu..gorengkan dalam minyak yang sudah dipanaskan.


*sedap dimakan dengan nasi putih yang masih panas*

Saturday, September 18, 2010

kura-kura peliharaan ira




mula dibela...
hanya sebesar duit syiling 20 sen

kini sudah besar ...sebesar tapak tangan

ada dua ekor semuanya
diberi nama boboy dan beebo
mungkin seekor betina dan seekor jantan!

sayang sungguh ira kepadanya
tiap-tiap hari diberi makan
sambil berbual mesra
mengalahkan orang bercinta..hik..hik...!!

nak lihat slide siboboy & sibeebo, klik disini

Puding Buih


Bahan-bahan puding:

4 biji telor gred A
1 bungkus agar-agar
3/4 cawan gula

Cara memasak:

1. Cairkan agar-agar (letak air sedang2),masak atas dapur~api sederhana,kacau hingga agar2 hancur,kemudian masukkan gula.Tutup api setelah gula larut.Sejukkan~suam masukkan dalam telor.

2.Sementara agar2 dicairkan, pukul telor sehingga kembang~masukkan agar2 sedikit demi sedikit sehingga habis.......tuang dalam acuan puding,sejukkan dalam peti ais.


Bahan-bahan kuah puding:

1 tin susu manis (tak kira cap apa)/1 tin susu sejat (masukkan gula)
4 sudu besar custard (jika mahu pekat~tambahkan custard)

Cara membuatnya:

1.Cairkan susu manis ~ ikut kemanisan masing-masing, guna periuk.

2.masukkan custard yg dibancuh dengan air sejuk ke dalam adunan susu, panaskan atas dapur sehingga agak pekat......angkat dan sejukkan.


*sedap dimakan bila sejuk dan dicampurkan fruit cocktail atau buah pic....selamat mencuba*

poskad dari Australia




sekeping poskad dari along
mengimbau kenangan silam
zaman kanak-kanak ku
di tahun 1970-an

sekeping poskad dari along
mengembalikan nostalgia ku
mendapat poskad dan aerogram
dari United Kingdom
di usia ku zaman remaja
dari ti yang menimba ilmu di sana


Friday, September 17, 2010

hadiah istimewa di harijadiku...




istimewa sungguh hari itu...
maklumlah hari jadiku...
tapi betapa terkejutnya aku...
mendapat sekotak coklat
terukir namaku!

terima kasih...
wahai sayangku...
kerana mengingati harijadiku
teristimewa hadiahmu ini!


kad raya along!


























cantik sungguh...
kad raya along!

warna hijau lagi...
warna kegemaran along gitu...

ada gambar along lagi,
sejuk je nampaknya...
almaklum musim dingin kat sana...
tapi puasa tetap puasa kan along...
tunaikan kewajipan itu yang diutamakan!

Thursday, September 16, 2010

satu hari di ladang strawberri












seronoknya along tak terkira,
makan strawberri segar-bugar...
terus di petik dari tangkainya...
di ladang strawberri milik pak beerenberg!

seronoknya along bersama kawan-kawan..
aini, faiqa, afina dan aqilah..
berposing sakan di ladang strawberri,
lagak seperti empunya ladang!

seronoknya along ...
mak pun tumpang gembira...
teringin nak pergi...
tapi boleh ke????

Wednesday, September 15, 2010

orkid oh orkid...





antara orkid yang rajin berbunga..
penyeri laman rumahku...
menjadi tatapan tetamu yang lalu-lalang..
yang pasti mengerling melihat orkidku...






hobi suamiku...

ada pelbagai bentuk,
ada pelbagai warna,
ada yang berbau,
juga tidak berbau...





namun kecantikanmu...
menawan hatiku,
juga tetamu yang hadir ...
menatapi penuh keasyikan...
ciptaan Allah yang Maha Agung!

itulah dia koleksi orkid
suami tercinta!

Friday, September 3, 2010

cuti n raya..........

hari ini...
hari terakhir persekolahan,
dua minggu cuti...
cuti pertengahan penggal dua,
juga bonus cuti raya!!

dan hari ini juga...
aku menerima sekeping kad raya...
pengganti diri alongku yang berada
nun di australia,
gembira tak terkira aku
apalagi adik-adiknya jua...
berebut-rebut mahu membacanya...
almaklum kad itu, along rekaciptanya sendiri...
kreatif sungguh along!


Selamat hari raya along...
dan jangan lupa...
menunaikan sembahyang sunat hari raya aidilfitri
walaupun berada jauh di perantauan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...