BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, August 29, 2012

Nasi Kabsah


Semasa balik beraya hari tu, nora (adik ipar) ada beri ole-ole dari Jordan. Antaranya rempah membuat nasi kabsah. Jadi pada hari Ahad lepas, chef angah mencubalah membuat nasi kabsah sebagai hidangan berbuka puasa sunat 6 yang sudah disempurnakan oleh suamiku.  Sedap tak terhingga, sampai si ayah (suamiku) memuji si angah...."Lebih sedap berbanding dengan nasi arab yang di jual di sini...." Tapi betul apa yang dikatakan suamiku itu...Jadi jika ada yang cuba nak buat tu, jangan segan-segan klik link di bawah ya..


Tuesday, August 28, 2012

Puding buih cappuccino

 

Sejak angah bercuti sementara menunggu masuk ke universiti pada 2 September ini, ada-ada aje hidangan yang dimasak oleh angah. Untung maknya...tunggu makan je....he,he,he! Jangan jeles ya..

Kali ini, angah buat puding cappuccino yang diubah suaikan daripada puding buih yang asli. Nak lihat resipi puding buih asli ni, sila klik sini. Untuk  resipi puding buih cappuccino ini pula, sila ke link berikut :
 

Monday, August 27, 2012

Nasi Ayam Penyet






Kalau kita lihat di pusat-pusat membeli-belah, restoran nasi ayam penyet telah mendominasinya. Pengemar nasi ayam penyet juga semakin bertambah! Tidak terkecuali keluargaku. Oleh itu, si chef angah mencubalah memasak sendiri nasi ayam penyet ini. Hasilnya amatlah sedap...boleh beri 4 bintang! 




untuk melihat resipinya sila klik link di bawah




Sunday, August 26, 2012

Cuti raya = Cuti sekolah dah tamat!

Esok bermulalah hari persekolahan, bermakna cuti untuk bersuka ria dan berhari raya dah tamat! Sebabnya, esok bagi pelajar-pelajar PMR akan menyambung semula peperiksaan percubaan PMR yang tertunda kerana cuti mengejut sebelum raya! Ini bagi pelajar di Kuantan...termasuk si wani ku!

Semoga wani dan pelajar-pelajar lain bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan percubaan PMR ini walaupun "mood exam" ini sudah luntur, almaklum dalam "mood raya" lagi kan!

Di harap tahun depan, situasi seperti ini tidaklah berulang.  Kesian tau, dalam sibuk-sibuk duk beraya, terpaksa baca buku...hilang terus mood untuk beraya, tak gitu??

 

Saturday, August 25, 2012

Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri?

Kelip-kelipan Contest: Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri?: Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri?  Semuanya berhariraya di lokasi penggambaran samada di dalam negeri (India) atau di luar negeri!

Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri? 

Nak tahu di mana mereka beraya...jom klik link di bawah:



Friday, August 24, 2012

Kawasan Kajian : Indera Mahkota, Kuantan

Bandar Indera Mahkota merupakan kawasan perbandaran yang pesat berkembang di Kuantan, Pahang, Malaysia. Perbandaran ini telah dibuka pada tahun 1983. Dahulunya, petempatan ini dikenali sebagai Atabara (sebelum petempatan ini dibangunkan) dan kini ia merupakan kawasan kediaman yang maju. Poskodnya ialah 25200.


Untuk keterangan lanjut, sila klik link di bawah :

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/08/kawasan-kajian-indera-mahkota-kuantan.html

Thursday, August 23, 2012

Bulan Syawal = Puasa Sunat = Rumah terbuka!

Bulan Ramadahan berlalu pergi
Bulan syawal menjelma pula
Anak-anak gembira di hati
Banyak dapat duit raya
 
Raya pertama ke rumah bonda
Raya kedua ke rumah kekanda
Memenuhi undangan rumah terbuka
Menjamu selera sampai lupa...
 
Dalam keseronokan yang amat
Jangan dilupa tuntutan agama
Moga dapat berpuasa sunat
Berpuasa 6 hari setahun nikmatnya!

Friday, August 17, 2012

Hidangan terakhir berbuka puasa : Nekbat


Hari ini sudah 28 Ramadhan

Bermakna sudah sampai ke penghujungnya
ramadhan tahun 1433H
Umat Islam pun sudah ramai pulang ke kampung
Untuk berhari raya dengan kaum keluarga  tercinta!

Hari ini nekbat hidangan berbuka puasa kami sekeluarga
sebagai hidangan terakhir kami ramadhan kali ini...
semoga kita akan bersua kembali dengan ramadhan
di tahun hadapan....
insyaAllah!! 


Sunday, August 12, 2012

Rezeki di bulan ramadhan ~ laksa trengganu

Sedapnyalah...inilah rezeki namanya:-) Jiran yang beri...

Masalah petempatan di Indera Mahkota.

Indera Mahkota merupakan kawasan petempatan baru yang pesat membangun. Dalam proses pembangunannya, terdapat beberapa masalah yang diwujudkan. Antaranya

1.Penipisan lapisan ozon ~ Boleh dikatakan hampir 80% kawasan perumahan di Indera Mahkota dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan peti sejuk yang menjadi punca penipisan lapisan ozon.

2. Jenayah ~ Kadar jenayah semakin meningkat di Indera Mahkota. Penduduk di sini tidak lagi meletak kereta di tepi jalan raya di luar pagar rumah kerana kes kecurian kereta amat kerap berlaku. Kejadian pecah rumah juga semakin kerap berlaku. Difahamkan kadar jenayah semakin meningkat ekoran kemasukan pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia yang bekerja di stesyen minyak atau kawasan pembinaan di sini.

Untuk keterangan lanjut, sila klik link di bawah..

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/08/masalah-petempatan-di-indera-mahkota.html

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/08/langkah-langkah-mengurangkan-masalah.html

Saturday, August 11, 2012

Kacang botol goreng ikan masin


 Hari ini si ira menolongku di dapur. Inilah masakan sayur yang ira buat. Mudah saja..
 Nak lihat resipinya,klik sini

Friday, August 10, 2012

Singgang sotong berlengkuas

Salam ramadhan. Hari ini sudah memasuki penghujung ramadhan iaitu 21 ramadhan. Begitu cepat masa berlalu..dan di akhir-akhir ni masak pun yang simple-simple je. Tambahan pula kami sekeluarga diserang demam selsema...selera makan tu nak yang masam dan berair.
Oleh itu, petang ini saya masak singgang sotong berlengkuas. Resipinya sama seperti sup ayam lengkuas yang saya postkan sebelum ini. Cuma ayam digantikan dengan sotong. Tak tahulah sedap ke tak sebab first time masak. Tapi sup ayam lengkuas tu sedap...bolehlah cuba masak..gerenti puas hati!

Monday, August 6, 2012

Kelip-kelipan Contest: Istana Jahar

Kelip-kelipan Contest: Istana Jahar: Istana Jahar merupakan salah satu tarikan pelancong ke Kota Bharu, Kelantan. Semasa bertandang ke sana semasa cuti sekolah baru-baru ni, kam...

Saturday, August 4, 2012

Sup Ayam Lengkuas


Fikiran buntu memikirkan apa hidangan berbuka untuk hari ini. Semasa ke blog secubit garam, aku mencari gali resipi untuk masakan ayam lengkuas! Maka terjumpalah resipi yang mudah ini. Jom ikuti resipinya...
SUP AYAM DENGAN LENGKUAS by Yani MyR
  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isi ayam, hiris nipis.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan
Cara memasaknya :
  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan, gula dan garam. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Wednesday, August 1, 2012

Kerutuk ayam dan telur




Selain masak kari, ayam sedap juga dimasak kerutuk. Bagi mempelbagaikan hidangan, bolehlah juga dimasukkan telur dalam hidangan ini. Mari ikuti bahan-bahannya...

Bahan utama :

1/2 ekor ayam
4 biji telur ~rebus sehingga masak

Bahan tumbuk :

3 - 5 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci halia muda
3 sudu besar cili boh

1 batang serai [dititik]

Bahan pelengkap :

1 paket kecil rempah kerutuk
Rempah campak 3 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
1 kotak kecil santan/ RM6 santan segar
1 gelas kecil air
1 biji ubi kentang ~belah 4 atau 6

Cara memasak:

1. Tumis rempah campak 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan rempah kerutuk dan sedikit air. Masak sehingga rempah garing.

2.Kemudian masukkan ubi kentang dan ayam. Gaul sebatikan dengan rempah. Masukkan sedikit air dan santan.

3. Sehingga kuah agak pekat, masukkan telur. Tunggu sehingga kuah sudah pekat,matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba...semoga menambah selera untuk hidangan berbuka puasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...