Thursday, May 31, 2012

Kad rawatan Montel

Inilah kad rawatan montel...setiap kali diberi rawatan akan dicatat dalam kad ini.
Tak sangka pula montel pun ada kad rawatan... Kini montel dah jadi kucing belaan kami sekeluarga. Montel pun macam tahu-tahu aje dia tu dah kami bela, keluar je sangkar terus masuk rumah! Tidur dan makan...ikut apa yang dicadangkan oleh doktor haiwan
....bulunya pun makin cantik dan sudah kurang gugur..:))

Tuesday, May 29, 2012

Menu pagi : macaroni sup


Aku berpeluang memasak sarapan untuk anak-anak ketika cuti sekolah. Jadi pagi ini, aku masak macaroni sup atas permintaan anak-anak...angah, wani , ira dan syu.

Sesiapa yang nak lihat resipi macaroni  sup ni bolehlah klik page recipe : makaroni..
Jom makan...masih panas ni! Slurppp....

Monday, May 28, 2012

Kerja seni Wani

Kali ini wani membuat bantal hiasan pula untuk subjek pendidikan seni.
Cantik tak? Pasti cantik kan...dan berseni juga kan! Darah seni ni tak tahu dari belah mana sebab aku dan suami memang tak berseni,he,he...anugerah dari Allah ...alhamdullah;-) 
Sebab tu,jika ada anak yang minat melukis tu jangan marah tapi galakkan mereka melukis....ini boleh menggalakkan mereka mencipta kreativiti ...

Sunday, May 27, 2012

Jom uno sat!


Anak-anak seronok sebab cuti sekolah....sibuk bermain uno, dam ular dan monopoli..
Tapi yang tak seronoknya aku! Nak tahu sebab apa? Terpaksa selesaikan kerja-kerja sekolah yang menimbun....esok pun terpaksa pergi sekolah. Sebenarnya cuti sekolah ni hanya untuk anak murid,cikgu tetap berkerja....almaklum gaji pun jalan time cuti ni! So no need to complain!! Betul tak??

Wednesday, May 23, 2012

Kuarantin!

Kesian montel kena duduk dalam sangkar dlm tempoh 6 bln sebab diserang hawar kucing!
Kini montel dah semakin sihat. Dulu semasa kena hawar kucing,montel tak lalu makan!Kini letak saja makanan, laju je dia makan dan kini montel makin "montok".

Kentang goreng wani pula

Tadi makan nasi goreng yang angah masak,ni kentang goreng pula...biasalah tu wani time exam ni rajin bebenor masak nak releasekan tension!

Tak apalah,itu caranya belajar ...lepas ni bolehlah wani tumpukan baca buku pula ya......

Nasi goreng Angah

Petang ni makan nasi goreng yang dimasak oleh angah. Jimat sikit belanja sebab angah jadi chef hari-hari..masak lauk tengahari dan malam.
Jika tidak aku lah pembeli setia lauk pauk di kantin sekolah!Bulan-bulan berikutnya ...makan masakan angah lah pulak sehingga angah masuk u bulan 9 nanti...

Sunday, May 20, 2012

Sungguh!!

Sungguh cantik ciptaanMU,
Sungguh tak jemu menatapnya,
Sungguh menenangkan jiwaku,
Sungguh aku bersyukur dengan kurniaanMU...

Friday, May 18, 2012

Dimanakah tanggungjawab kita??

Sungguh sedih bila melihat situasi ini! Pemandangan seperti ini sering kelihatan di kawasan yang belum dibangunkan,tepi jalan raya dan tanah kosong! Di mana tanggungjawab kita menjaga alam sekitar yang diamanahkan ini?    

Jika kita sebagai penghuninya tidak menjaganya;siapa lagi yang akan melakukannya!Jadi marilah kita sama-sama menjaga alam ini supaya anak-anak kita dapat menghirup udara segar,bersih dan bebas pencemaran...

Thursday, May 17, 2012

Kolaj

Memerlukan ketekunan dan kesabaran untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik

Wednesday, May 16, 2012

WW: Kek Hari Guru SMKTP

Terima kasih,selamat hari guru Cikgu:-)

WW ~Another BE

Iklan ini di leaderboard : klik jangan tak klik ya....

New BE ~ TM Kaki Bola Sponsorship


WW : Setahun menunggu!

Kaktus pemberian rakan sejawat...
Sempena sambutan hari guru tahun sudah...
Begitu sabar aku menunggu...
Akhirnya berbunga juga kaktusku...
Hari Guru Tahun ini..
Setahun lamanya aku menunggu...!





Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru ....

Anak-anak pun sibuk mencari hadiah untuk guru-guru mereka...esok kan hari guru

"Selamat Hari Guru...cikgu"...ungkapan amat bermakna untuk guru-guru sepertiku...:))



Monday, May 14, 2012

BE lagi!


Mula-mula tu agak sedih, sebab semua BE sudah bertukar menjadi ME. Tapi Alhamdulillah, dalam dua tiga hari ni dapat pula BE baru. Tapi yang menariknya, BE kali ini sama di dua-dua blog...lihat gambar di bawah...






ini pula BE di blog ini

rajin-rajinlah klik ya!!!

Thursday, May 10, 2012

Kena sedut!

Sejak akhir-akhir ni, Syu asyik beritahu dia cepat letih! Batuk-batuk dan selsema! Ingatkan batuk dan selsema biasa je....rupa-rupanya Syu kena lelah!

Minggu lepas, aku berulang-alik ke klinik menemani Syu yang kena sedut ubat! Selain tu, kena makan juga ubat lelah....syrup ventolin. Nasib baik rasa ubat tu sedap (menurut kata Syu...) jadi tak jadi masalah lah bagi Syu menelan ubat tu......

Alhamdulillah, minggu ni lelah syu semakin berkurang...dan batuk Syu juga makin hilang.

Doakan semoga Syu kembali sihat...amin.

Tuesday, May 1, 2012

1 Mei ~Pekerja cuti,tapi tidak bagi aku!



Ingatkan boleh cuti hari ini....almaklum 1 Mei, semua orang tahu 'Hari Pekerja' = Cuti Umum.

Tapi aku bertungkus-lumus menyiapkan power point untuk presentation esok!

Nasib baik, tak perlu masak...beli aje lauk,jimat sikit masa...tapi duit pulak tak jimat!Apa-apa pun, power point ini mesti siap juga...

Alhamdulillah, petang tadi siap semua...mudah-mudahan presentation esok berjalan lancar!