Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, October 31, 2012

Hari Raya Kedua : Nasi Telur


Ini pertama kali buat nasi telur. Sebelum ini angah yang masak,tapi hari ini (27/10/12) Angah sakit perut, minta tolong aku buatkan nasi telur ini... Rupa-rupanya tak adalah susah manapun nak buat nasi telur ni. Cuma bahan-bahannya seperti hati, daging dan telur hendaklah digoreng dahulu barulah kerja menjadi cepat!Jom layan resipinya ...

Resipi Asal : Namia Sehari Di dapur
Diolah : Teratai K3

Bahan Utama : Nasi putih (tanak seperti biasa)

Bahan-bahan perencah :

Daging ~ hiris kecil-kecil
Hati lembu ~ hiris dadu kecil-kecil
Telur (3 biji) ~ pukul sedikit + garam
Ikan masin/ Telur masin ~pilihan

Cara penyediaan :

1. Gorengkan satu persatu bahan perencah, angkat bila dah masak/garing. Untuk telur, gunakan penapis santan supaya telur tu berurai-urai semasa digoreng!

2.  Gaulkan semua bahan perencah dengan nasi putih....siap untuk dimakan. Sedap dimakan dengan  gulai ayam, daging masak merah dan acar timun.

9 comments:

  1. sedapnya...minta2..kikiki xtau malu

    ReplyDelete
  2. assalam teratai..pertama kali acik jumpa resepi nasi telur ni.

    ReplyDelete
  3. oo.. macam tu rupanya nasi telur..
    boleh cuba buat ni.. ^_^

    ReplyDelete
  4. owh..ada jugak ea nasi telur..nmpak mcm nasi goreng..
    boleh try nie..hehe..

    ReplyDelete
  5. tak pernah rasa... nampak cam sedap je kak

    ReplyDelete
  6. haaa yg ni mcm boleh try je kat rumah. hehe

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)