BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, March 30, 2011

Risau!

banyak benda yang aku fikirkan
paling risau
keadaan ma dan bak
nun di batu burok,kuala terengganu!

keadaan hujan yang mencurah-curah
diikuti petir dan guruh
menambah kerisauan aku
mengenangkan situasi ma dan bak
di sana....

nasib baik ada si nor
yang menemani ma dan bak
namun risau di hati ini
masih melekat, entah kenapa
aku pun tak tahu!

mungkin kerana...
keuzuran ma dan bak
menyebabkan aku terus risau!

Ya Allah, Kau lindungilah
ma dan bak semoga selamat
dan sihat sejahtera hendaknya
amin....

Sunday, March 27, 2011

Nak pilih apa ya!

keputusan spm dah diterima
tahniah angah!
ini yang terbaik Allah tentukan
untuk angah, jadi terima dengan redha!

kini...
sibuk memilih jurusan
apa yang patut dipilih ya!

Allah Maha Mengetahui
apa yang angah mahu!
rebutlah peluang yang diberi
pasti angah puas hati kali ini!


Wednesday, March 23, 2011

Cantik tak 'water mark' blogku!


sebelum ini dah ada 'water mark'nya
tapi tak berapa cantik
simple aje
sebab masa tu aku
baru belajar, ibarat
si bayi baru bertatih!

kini masih dalam proses belajar
membuat 'water mark' ni
guna photoshop
itupun diajar oleh si angah
rasa-rasanya dari bertatih
dah mula boleh berjalan perlahan-lahan!

Apa-apapun, jika kita mahu belajar
pasti ada caranya....!

Tuesday, March 22, 2011

Menu Tengahari Week End ku

Sebelum berakhirnya cuti sekolah selama seminggu, sempatlah aku masakkan menu tengahari untuk keluargaku pada hari Ahad (20.03.11). Biasanya pada hari-hari persekolahan, aku beli aje masakan kantin atau suami ku membeli aje dari kedai Kak Ani. Ataupun Angah aje yang masak sementara Angah masih duduk di rumah!



Menu tengahariku simple saja iaitu ikan cencaru panggang, telur itik masak lemak cili padi dan kacang botol goreng.


Untuk resipi telur itik masak lemak cili padi, klik aje gambar di bawah ini....



Untuk resipi sayurnya pula, sila klik di sini

Monday, March 21, 2011

Ikan Merah Masak Masam Manis



Hari ini, sampai saja di rumah,Ira terus ke dapur menikmati hidangan tengahari. Angah masak lauk "sweet sour". Hai, kalau hari-hari seperti ni, seronoklah ya, balik rumah terus je makan! Tak payah masuk dapur! Macam "Mem Besar" lah pulak...he,he


Jom layan resipinya....ok, klik ajelah kat sini untuk melihat resipinya!


Kacang botol goreng udang baring!

Glamernya nama resipi kali ni. Sebenarnya nama udang baring tu diberi oleh keluargaku untuk udang kering! Jom ikuti resipinya....




Bahan-bahannya:

Kacang botol~hiris nipis-nipis
1 labu kecil bawang besar~mayang halus
5 biji cili padi~hiris halus-halus
3 ulas bawang putih~mayang halus
segenggam udang baring!

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan udang baring dan kacang botol, goreng lagi sehingga agak layu...ohh jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. Ok, dah siap...sedap dimakan bersama-sama telur itik masak lemak cili padi.

Sunday, March 20, 2011

Puding Gula Hangus

Bukan adik-adik Angah saja yang sibuk dengan aktiviti masing-masing, Angah pun tak terkecuali. Cuti sekolah ni, Angah sibuk betul mencuba masakan yang belum dimasaknya.



Hari Sabtu (19.03.11), Angah sibuk di dapur membuat puding gula hangus yang terkenal dengan nama puding karamel. Nak tengok resipinya, klik aje disini

Tak Sangka, Syu Pun Pandai Buat Ais Krim

Semasa cuti sekolah ni, macam-macam aktiviti yang dilakukan oleh anak-anakku termasuklah si kecilku, Syu.




Syu sibuk benar aku nampak, tengah buat ais krim! Tapi tak boleh dimakan, sebab ais krim tu dibuat daripada play doh. Ini adalah set play doh yang dibelikan Along untuknya!


Kad Hari Jadi Dari Ira


kad hari jadi?
terfikir aku sejenak...
kenapa beri sekarang
hari jadiku lambat lagi
bulan Julai
ini baru bulan Mac!

kad hari jadi?
betul ke tu...sebab
saiznya amat besar
tiada kad sebesar itu dij
ual di kedai!


kad hari jadi?
ohh rupa-rupanya
hasil seni si ira
semasa peperiksaan akhir tahunnya
di tahun enam di skim
cantik dan menawan kad hari jadi tu...
tersenyum aku memandangnya!



Kari Ayam

Kari ayam merupakan masakan yang biasa aku buat dan biasanya mesti dimakan bersama-sama ikan kering dan nasi putih.


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (7 orang makan)
2 biji ubi kentang (potong 4)
santan (RM2)

Bahan-bahan Menumis :

2 sudu besar bawang kisar
2 - 3 sudu besar cili boh
2 - 3 sudu besar rempah kari
1/4 keping gula melaka/nesan
5 sudu besar minyak
1 cawan air

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang kisar dan cili boh. Juga nesan/gula melaka. Tumis sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sehingga rempah kari garing dan naik bau.

3. Masukkan ayam, ubi kentang dan santan. Tambah air untuk banyakkan kuahnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga agak pekat, kemudian angkat. Siap untuk dihidangkan dengan ikan kering dan nasi putih.


Saturday, March 19, 2011

Bakal Saintis Muda!


Set kosmetik ini dibeli oleh Along untuk Ira sebagai hadiah kerana kejayaan Ira memperolehi 5A dalam UPSR tahun lepas.



Masa yang terluang pada cuti persekolahan kali ini, memberi peluang kepada Ira untuk beraksi sebagai 'saintis muda' mencipta sendiri bahan kosmetik!


Antara bahan kosmetik yang dihasilkan oleh Ira ialah krim pelembut (soothing cream) dan minyak wangi (body mist). Asas bahan kosmetik ini ialah air dan selamat digunakan.


Penulisan Rumusan KKG 2011



Friday, March 18, 2011

Menu Diet ~Salad

Sejak kebelakangan ini, suami aku sering membeli salad dan baby tomato di pasaraya Giant. Ini merupakan langkah baik untuk menjaga dietnya. Cara menyediakannya pun mudah, ringkas dan cepat. Ikutilah cara-caranya :



1. Bersihkan salad dan toskan. Potong salad, kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

2. Masukkan baby tomato, mayonis dan sos thousand island.

3. Gaulkan sebati, dah siap sedia untuk dimakan begitu saja atau bersama-sama nasi.

Paceri Nenas

Resipi paceri nenas ini merupakan resipi tok ma. Tok Ma masak paceri nenas ini masa zaman aku sekolah dulu-dulu. Sedap dimakan bersama-sama gulai ikan masin dan nasi putih. Boleh juga dimakan sebagai acar bersama-sama nasi minyak.

Bahan-Bahannya:

1/2 biji nenas (potong segi tiga)
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
10 batang bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis (tak letak pun tak pe)

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang kisar dan cili boh bersama cengkih/kulit kayu manis sehingga naik bau dan garing.

2. Masukkan nenas dan masak sehingga nenas sebati dengan kuahnya. Dah siap untuk dihidangkan.

Thursday, March 17, 2011

Mencari Benda Tersembunyi


Ini adalah hasil kerja pendidikan seni Wani. Berbakat juga rupanya Si Wani ni. Tapi yang menariknya, gambar yang diwarnakan Wani ni, mengandungi beberapa objek yang tersembunyi.

Antaranya ialah :

1. Nombor ~ 2, 8 dan 9.

2. Objek ~ kunci, sikat, kereta, rumah, bintang, tas tangan, bunga dan bentuk hati.

3. Buah ~ cerry, anggur dan nenas.

4. Wajah ~muka, mulut dan mata.

Itu adalah antara beberapa objek yang aku telah jumpai. Just for fun, jom cari benda-benda tersembunyi tu ya.......

Kari Daging


Bahan utama :

1/2 kg daging (dihiris nipis)
2 biji ubi kentang (potong 4)
10 - 15 tangkai kacang bendi

Bahan Tumis :

2 sudu besar bawang kisar
2 - 3 sudu besar cili boh
2 - 3 sudu besar rempah kari ayam/daging
5 sudu besar minyak masak
santan (RM2)
1 gelas air

Cara membuat :

1. Panaskan minyak untuk menumis. Setelah minyak panas, masukkan bawang kisar dan cili boh. Tumis sehingga garing dan masukkan serbuk kari dan sedikit air, tumis sehingga rempah garing dan naik bau.

2. Masukkan daging dan ubi kentang serta sedikit santan, masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan lebihan santan dan air. Masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan kacang bendi. Masukkan garam dan gula sesuai rasa masing-masing.

5. Matikan api setelah kacang bendi agak lembut.

p.s.~gunakan api kecil ketika memasak daging untuk memastikan daging menjadi lembut dan tidak liat!

Wednesday, March 16, 2011

Udang Masak Tiga Rasa


Ini merupakan hidangan udang terakhir sebelum along berangkat pulang ke Australia menyambungkan pelajarannya. Jika ingin melihat resipinya, sila klik di sini.


Contoh Borang Soal Selidik KKG 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI SMKTP 2011
BORANG SOAL SELIDIK
NAMA PELAJAR :...................................................................................................
NAMA RESPONDEN:..............................................................................................
ALAMAT RESPONDEN :........................................................................................
ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3 PILIHAN YANG DIBERIKAN.
A. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
JENIS
PENCEMARAN
TANDAKAN
(X)
AIR

UDARA

TANIH

BAU

BUNYI

B. PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN
PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TANDAKAN
(X)
PERKILANGAN

PEMBINAAN

PETEMPATAN

SAMPAH SARAP

SISA TOKSID

TUMPAHAN MINYAK

PERNIAGAAN

KENDERAAN

PENTERNAKAN

PEMBAKARAN TERBUKA

PERLOMBONGAN

RACUN RUMPAI/SERANGGA

BAJA KIMIA

SISA DOMESTIK

C. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN
TANDAKAN
(X)
UDARA TERCEMAR

SUHU MENINGKAT

BAU BUSUK

JEREBU

AIR TERCEMAR

PENYAKIT

HIDUPAN AKUATIK TERANCAM

HUJAN ASID

TANAH BERASID

D. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN
TANDAKAN
(X)
KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

KITAR SEMULA

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RAWATAN AIR KUMBAHAN

PENAPIS ASAP

INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN

PETROL TANPA PLUMBUM

CATALYTIC CONVERTER


Langkah Mengurangkan Pencemaran Air

sumber air yang belum dicemari


Sumber air yang bersih amat penting untuk kita. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil, bagi memastikan sumber air selamat untuk digunakan pada masa kini dan masa hadapan. Antara langkah-langkahnya ialah :

~ Kuat Kuasa Undang-Undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar seperti membuang sisa toksid ke dalam sungai, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~ Rawatan Air Kumbahan
Bagi memastikan air kumbahan dari sektor perumahan dan perhotelan yang dialirkan ke sungai tidak mencemari sumber air ini, air kumbahan itu perlulah dirawat. Di setiap negeri terdapat konsortium yang dipertanggungjawabkan merawat air kumbahan. Contohnya Konsortium Indah Water merupakan agensi yang berperanan penting memastikan air kumbahan ini dirawat di logi-logi yang terdapat di kawasan perumahan, kompleks membeli belah dan kawasan perhotelan di daerah Kuantan, Pahang.

~ Kempen Cintai Alam Sekitar
Bagi memastikan sumber air seperti sungai tidak tercemar. beberapa kempen dijalankan di TV oleh Jabatan Alam Sekitar. Antaranya "Sungaiku, Hidupku" dan Projek Sungai Angkat yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah masing-masing.

~ Pendidikan Alam Sekitar
Bagi menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga sumber alam supaya tidak tercemar, beberapa persatuan atau badan bukan kerajaan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Malaysia (WWF). Malah di peringkat sekolah juga ditubuhkan kelab atau persatuan yang menjadi ahli persatuan ini di peringkat kebangsaan seperti Kelab Pencinta Alam dan Kelab LEO. Melalui aktiviti seperti Sambutan Hari Bumi Sedunia oleh MNS, telah menyemaikan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada setiap individu untuk menjaga alam sekitar.

Tuesday, March 15, 2011

Kesan Pencemaran Air

Kegiatan manusia mengejar pembangunan telah mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air. Antara kesan-kesan pencemaran air ialah :

~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong!

~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

~ Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan akan mati.

~ Habitat Flora dan Fauna Musnah
Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan penebangan hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan faunanya. Jika keadaan ini berlarutan, hidupan akuatik seperti udang dan ikan belacak akan musnah. Kemusnahan pokok paya bakau juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan tepi pantai giat berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem hutan paya air masin!


~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir. Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut.


~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun atau kollera.

Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai, tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Sama-samalah kita menjaga sumber air bumi kita!




Sunday, March 13, 2011

Punca-punca Pencemaran air

Definisi pencemaran air

Menurut Wikipedia Ensiklopedia, pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Punca-punca pencemaran air

~pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

~sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

~sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai.

~tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.


Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

~aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Bau

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

~
Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah. Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.


Pihak sekolah juga telah menghantar surat pemberitahuan kepada Majlis perbandaran Kuantan tentang kegiatan penternakan ayam di tepi pagar sekolah. Dengan ini, diharap pihak PBT mengambil tindakan yang sewajarnya.

~ Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

~ Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.

~ Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula.




Wednesday, March 9, 2011

Kesan-Kesan Pencemaran Bau


Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

~bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

~udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk.

~pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

~penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.

~air tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.


Tuesday, March 8, 2011

Punca-punca Pencemaran Bau




Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekirannya. Bau yang busuk dan menjijikan menyukarkan pernafasan. Udara tercemar dan mengganggu aktiviti harian penduduk.

Antara punca-punca pencemaran bau ialah

~dari kawasan pelupusan sampah
Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk dan ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

~dari kawasan penternakan ayam
Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi!

~dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan
Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

~dari aliran parit yang tersumbat
Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

~dari sikap pengguna
Penggunaan tandas tanpa usaha untuk menjaga kebersihannya juga menyebabkan berlakunya pencemaran bau. Sikap pelajar yang menyerahkan tugas membersihkan tandas kepada pekerja swasta di sekolahnya menyebabkan mereka tidak menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya.


Pencemaran Alam Sekitar

Definisi~Wikipedia Ensiklopedia Bebas menakrifkan....

Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.

Bentuk pencemaran~

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:

Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.


Sumber : wikipedia ensiklopedia

Sunday, March 6, 2011

Ya, dah join pun faceblog!

Setelah membaca n3 dari blog haszuraidah (cik puan hady), maka terbukalah hatiku untuk join sama! Jadi jika anda pun tertarik nak join jugak, jom kliklah disini


Ini adalah ucapan alu-aluan dari faceblog!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Friday, March 4, 2011

Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran udara

Alam sekitar yang masih terpelihara
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.



Anda mungkin juga ingin mengetahui tentang ini:

Punca Pencemaran Bau
Kesan Pencemaran Bau 
Langkah Mengurangkan Pencemaran Bau 

Tuesday, March 1, 2011

Kesan Pencemaran Udara

Kesan pencemaran udara termasuk :

~ pembentukan
jerebu yang mengurangkan keternampakan dan menjadikan waktu siang gelap.

~
gangguan kesihatan termasuk menghidap sakit kepala, sakit mata, sesak nafas dan selsema

~ kejadian
hujan asid yang boleh melecurkan kulit manusia dan haiwan.

~
suhu meningkat kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan perkilangan.

~
Udara tercemar kerana di dalam udara dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti karbon dioksida dan karbon monoksida.

untuk maklumat lanjut sila klik disini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...