Friday, December 28, 2012

Makanan di Musim Banjir ~ Sardin!

Musim-musim hujan dan banjir ini, kita perlu menyimpan stok makanan segera seperti mee segera dan sardin. Ini sebagai persediaan jika berlaku kecemasan seperti apa yang saya telah alami baru-baru ini iaitu terperangkap dalam banjir selama beberapa jam di bandar Kuantan.


Nasib baik ada stok sardin di rumah! Jadi saya meminta angah memasaknya sebagai masakan tengahari kami pada hari itu. Walaupun hanya berlaukkan ikan sardin, kami bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah untuk kami.....syukur Alhamdulillah :)

Monday, December 24, 2012

Terperangkap dalam banjir!

Hari ini, saya bersama-sama wani, ira dan syu bersarapan di kedai berhampiran rumah saja. Selesai bersarapan, dalam lingkungan 10.30 pagi, kami pergi ke sekolah syu untuk membeli buku-buku syu bagi tahun depan. Hujan sudah mulai lebat!

Selepas itu dalam setengah jam kemudian, kami bergerak ke sekolah ira pula. Hujan sudah semakin lebat tapi tiada tanda-tanda akan berlakunya banjir! Hujan mencurah-curah tiada henti, saya dan syu hanya menunggu saja di dalam kereta sementara wani dan ira berkongsi payung menuju ke kedai koperasi sekolah ira untuk membeli buku-buku ira. Lebih kurang 20 minit kemudian, urusan membeli buku ira selesai.

Kami terpaksa membatalkan niat untuk membeli kasut sekolah wani, ira dan syu kerana keadaan hujan yang makin menggila! Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami berpaksa 'berpatah balik' kerana jalan-jalan yang biasa dilalui telah dinaiki air! Akhirnya kami tiba di rumah dalam jam 1.00 t/hari setelah meredah air bah di beberapi lokasi di kawasan perumahan Bukit Sekilau/Bukit Ubi, Kuantan.

Situasi air banjir di Indera Mahkota 8 ~ gambar diambil ketika balik dari pusat bandar
Sepanjang perjalanan pulang itu, kami memohon kepada Allah agar menjauhkan sebarang musibah dan permudahkan laluan kereta kami... Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan laluan kami!  

Sunday, December 23, 2012

Sama Cantik Sama Padan = Anak Yang Menawan!

Pasangan ibu & bapa ayam serama yang sepadan!

Pasti sudah ramai mengetahui bahawa ayam serama merupakan spesies ayam yang cantik! Oleh sebab itu, spesies ayam ini menjadi pilihan untuk dipelihara sebagai hobi atau pun untuk dipertandingkan dalam pertandingan ayam serama.


Pandai bergaya apabila mengetahuai gambarnya diambil!
Sebagaimana acuannya, begitulah hasilnya...apabila menyedari kehadiran kamera, terus memberikan pose menarik untuk diabadikan! Semasa dipertandingkan dalam pertandingan ayam serama pada MAHA International 2012 pada 24/11/12 yang lepas, si comel ini telah memenangi tempat ketiga kategori anak remaja. Berita lanjut klik sini

Tuah ayam serama pada kecantikannya!



Saturday, December 22, 2012

Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani




Sesiapa nak join klik banner kat atas tu ya!

Tarikh tutup : 26 DISEMBER 2012 (12.00p.m)

Friday, December 21, 2012

Pelamin Perkahwinan Untuk Lokasi Di Dewan





Pada hari ini, ramai pasangan kekasih  memilih masjid yang gah tersergam indah seperti Steel Mosque untuk diijabkabulkan. Begitu juga dengan majlis resepsi, ada yang memilih dewan untuk dilaksanakan.

Baru-baru ini, saya bersama anak-anak telah menghadiri satu majlis resepsi yang diadakan di sebuah dewan iaitu Dewan Seri Seroja yang terletak di Presint Diplomatik (Presint 15), Putrajaya (lihat lokasinya di bawah).

peta google

Oleh kerana majlis ini diadakan di dewan, jadi pelamin yang disediakan tersergam indah di ruang hadapan di atas pentas. Dari jauh, telah memukau pandangan hadirin. Walaupun, hiasannya ringkas, tetapi tetap menarik.

Jika ada yang berhajat untuk melangsungkan majlis resepsi di dewan bolehlah memilih konsep ini.

Wednesday, December 19, 2012

WW : Cuba teka ....

Telur apa tu yang bersaiz kecil?

Tuesday, December 18, 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun




 

Tarikh tutup: 29 Disember 2012

Sesiapa nak join sila klik banner di atas! 

Segmen ini dianjurkan oleh Miss Banu.

Jumlah follower sekarang : 621
Target sehingga tahun ini : 800

Sunday, December 16, 2012

Debaran menanti!

Tinggal 4 hari saja lagi. Pasti Wani tak sabar-sabar menunggu tarikh itu!. Bukan Wani sahaja yang tidak sabar-sabar menunggu tarikh itu tiba, tetapi juga bagi orang lain! Maksud aku bagi semua pelajar PMR tahun ini, sudah tentu menunggu tarikh ini sebab pada hari tersebut akan diumumkan keputusan PMR mereka. Tarikh yang dimaksudkan ialah 19 Disember 2012 iaitu hari Rabu ini.

Apa pun keputusannya, diharap Wani dapat menerimanya dengan tenang. Doa mak sentiasa bersamamu Wani.

Saturday, December 15, 2012

Nasi Goreng Masakan Ira

nasi goreng ayam bercampur telur

 Dua hari berturut-turut ira menyediakan sarapan untuk kami seisi keluarga. Pada hari Rabu (12 Disember 2012), ira masak nasi goreng ayam dicampurkan telur.

nasi goreng cina ala tok ma ~ sedap!

Pada hari Khamis pula (13 Disember 2012), ira masak nasi goreng cina yang memang digemari oleh keluargaku. Siap goreng keropok keping lagi untuk dimakan bersama-sama nasi goreng cina ini.


Sarapanku sebelum pergi bertugas di sekolah....

Friday, December 14, 2012

Kangkung Goreng Belacan



Resipi kedua yang dimasak oleh along ialah kangkung goreng belacan yang digandingkan dengan masakan ayam masak masam manis bernenas. Nak lihat resipi masak kangkung goreng belacan ini, sila klik di sini.

Thursday, December 13, 2012

Ayam Masak Masam Manis Bernenas

ayam masak masam manis bernenas ~ resipi along

Sejak saya terpaksa bertugas selama 3 hari ini, anak-anakku yang masak samada untuk sarapan atau pun makan tengahari. Bila saya balik dari betugas dalam jam 1 tengahari, semua telah tersedia, hanya menunggu kami makan bersama sahaja. Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur kepada MU kerana mengurniakan anak-anak solehah ini, semoga hidup anak-anakku diberkati dunia dan akhirat...amin.

Jom kita ikuti resipi ayam masak masam manis bernenas yang sedap ini. Resipi ini dimasak oleh along.

Resipi Asal : Merah

Bahan utama : 1 ekor ayam ~ goreng hingga garing (gaulkan ayam dengan garam + kunyit)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ hiris nipis
1 labu bawang besar ~ mayang
6 tangkai cili padi ~ belah sedikit

Bahan sos:
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (gaul dengan sedikit air) 

1/2 biji nenas ~ potong segitiga

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan sos + air + tepung jagung + nenas. Garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng. Sebatikan ayam dengan kuahnya kemudian matikan api.


Bahagiakan...bila balik ke rumah hidangan tengahari sudah tersedia!


Wednesday, December 12, 2012

Masakan si suami...

Sabtu, 8 Disember, 2012

3 petang

Hari ini merupakan hari yang sibuk bagi kami sekeluarga sebab semua anak iaitu along, angah, wani, ira dan syu berkumpul. Peluang ini, kami gunakan untuk membeli belah, tambahan Year End Sale dah bermula! Banyak jugalah pasaraya yang kami jajah sehingga perut mulai berkeroncong! Balik ke rumah sudah agak lewat....lebih kurang jam 3 petang! Sementara kami menunaikan sembahyang zohor, suamiku menyediakan masakan di dapur....masak lemak sayur kacang!
 

Sayur lemak masakan suami  ~ enak!

 9 malam

Menu petang pula si suami bercadang mengoreng kuey teow dan mee goreng. Cadang tu nak masak lepas solat maghrib, tetapi kerana musibah yang menimpa angah, nak tahu klik sini  jadi masa mengoreng mee/kuey teow ini agak lewat iaitu sekitar jam 9 malam.


"Sedaplah kuey teow ni", kata along

"Mee goreng pun sedap", kata anak-anakku!

Sungguh bertuah rasanya mempunyai suami yang pandai masak....sekali sekala bolehlah kita berehat dan merasa masakan si suami.

Tuesday, December 11, 2012

Jom Makan-Makan : Day 4 Balik Kampung


Day 4 ~ 5/12/12

Sebelum pulang, kami sekeluarga sempat menjamu selera di Restoran MaaIdah Uptown yang terletak di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Servis di sini amat memuaskan. Makanan yang diorder dihidangkan dalam masa kurang dari setengah jam.


Restoran Maaidah ~ waktu siang menjadi tumpuan penggemar nasi beriani

Kuew teow seafood ~ pilihan ku dan ma

Nasi goreng seafood ~ pilihan along

Nasi goreng tomyam ~ pilihan ira

Tomyam campur ~ pilihan wani & syu makan dengan nasi putih
 

Monday, December 10, 2012

Sedapnya....


Semalam yat hantar 2 gajut rambutan yang baru dipetik dari kebun suaminya. Anak-anak dah bersorak gembira terutamanya si along yang memang teringin nak makan rambutan ni sehingga sanggup beli rambutan di pasar malam.

Petang tadi saya bersama-sama along mulalah mengoyak kulit rambutan dan menghiris nipis-nipis isi rambutan supaya mudah untuk menikmatinya tanpa biji. Sedapnyalah....dalam sekelip mata je isi-isi rambutan itu habis dimakan oleh kami anak beranak.

Jom Makan-Makan : Day 3 Balik Kampung

Day 3 ~ 5 Disember 2012

Setelah berada 2 hari di kampung halaman, pada hari ketiga barulah kami sempat ke Pasar Besar Kedai Payang. Tujuan utama kami ialah untuk menikmati sarapan pagi di Warong Hashim Nasi Minyak. Warong Hashim ini terletak di tingkat 1 iaitu di Food Court Pasar Besar Kedai Payang ini.

Warong Nasi Minyak Ala Terengganu

Nasi minyak dihidangkan dengan sambal


Lauk gulai daging tradisional ala terengganu
Selain gulai daging, nasi minyak ini juga sedap dimakan dengan gulai ayam dan gulai telur. Tapi sayangnya, kedua-dua lauk itu telah habis ketika kami mengunjungi warong ini.

Jika ke Kuala Terengganu, jangan lupa ke Warong Hashim ini untuk menikmati nasi minyak gulai terengganu. Walaupun gulainya cair tapi kesedapannnya tiada tolok bandingnya. Setiap kali kami balik ke kampung, pastinya hidangan nasi minyak ini tidak dilupakan.

Sunday, December 9, 2012

Jom Makan-Makan ~Day 2 Balik Kampung

 Day 2 ~ 4 Disember 2012

Niat pada asalnya nak makan pagi di Pasar Besar Kedai Payang saja. Tapi pagi tu hujan, jadi saya membuat keputusan beli saja (tapau) nasi dagang dan nasi lemak dari kedai Kak Pah yang terletak di Pantai Batu Burok.
 
Kedai Kak  Pah : Nasi Dagang & Nasi Lemak ~Best!!    



Nasi Dagang Kak Pah Memang Sedap!





Pulut durian

Musim buah-buahan tempatan telah membanjiri jualan buah di pasar pagi,pasar tani dan juga pasar malam. Raja segala buah iaitu buah durian menjadi tumpuan penggemarnya.
Ada yang gemar memakannya begitu sahaja atau dibuat crepe durian...menu terbaru dari buah durian.
Hari ini keluargaku dapat menikmati bubur durian yang dihantar oleh jiran di depan rumah. Yum...yum sedapnya. Alhamdulillah di atas rezeki hari ni :-)

Saturday, December 8, 2012

Syukur...

Petang tadi aku,along,angah,wani,ira dan syu beli aiskrim di kedai 100 yen. Semua seronok dapat makan aiskrim tu....selepas bayar kami pun berjalan menuju ke kereta.
Tiba-tiba aku terlihat angah berlari semula ke arah kedai 100 yen tu. Sambil diikuti suamiku dari belakang. Rupa-rupanya angah tertinggal pursenya di kaunter kedai tu.. Ketika itu aku, along ,wani,ira dan syu dah berada dalam kereta.
Dipendekkan cerita purse angah tidak dijumpai. Suamiku memohon menonton cctv di kedai itu....ternampak purse itu diambil oleh seorang pelanggan yang baru keluar dari kedai100 yen tu...beliau melilau-lilau mencari pemilik purse tu, tapi tak berjumpa!
Usai solat maghrib, aku kedapur untuk menyediakan bahan memasak...tiba-tiba loceng rumahku di tekan orang. Cuba teka siapa dia?
Tak disangka-sangka pelanggan yang mengambil purse tu datang menghantar purse tu....terima kasih tak terhingga aku kepadanya sekeluarga.
Allhamdulillah, syukur kpd MU kerana memudahkan hal ni...

Friday, December 7, 2012

Jom Makan-Makan ~ Day 1 Balik Kampung


Day 1 ~ 3 Disember 2012


Kami bertolak dari Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi dan sampai di Kuala Terengganu pada jam 3 petang. Malamnya kami bercadang makan di Restoran  Chilada Seafood yang terletak berhampiran dengan Pasaraya SABASUN. Makanannya memang enak tetapi servisnya agak 'slow'. Kami menunggu hampir 1 jam, barulah hidangan yang diorder diperolehi. Oleh itu jika ingin menjamu selera di sini, eloklah ditempah dahulu kerana tempahan boleh dibuat pada sebelah petangnya jika mahu ke restoran ini di sebelah malamnya.

Baiklah, jom menjamu mata melihat menu yang kami pilih untuk malam itu...

Ayam Masak Cili ~ Memang sedap!

Siakap Masak Stim Limau Nipis ~ Terbaik!

Kangkung belacan

Tomyam Campur





Tuesday, December 4, 2012

Tomyam Sea Food

Baru-baru ini buat tomyam seafood. Sebenarnya yang masak tomyam ini ialah si ira. Semasa cuti sekolah ini, anak-anakku begitu rajin menolongku di dapur. Peluang ini, saya gunakan untuk melatih mereka supaya tidak kekok apabila bantuan mereka diperlukan nanti.

Dari awal penyediaan bahan hinggalah memasak menu ini, dilakukan oleh ira. Tapi dalam pemantauan maknya lah juga. Sedap masakan ini tambahan pula ini kali pertama dimasak oleh ira.

Jika nak resipinya, sila klik sini

Monday, December 3, 2012

CPUV ~ Fear Factor


CPUV terakhir sedang menari-nari
Fear Factor nama diberi
Diperolehi sejak  23 November lagi
 Duit terkumpul pun tak banyak lagi


Terpampang gambar hero Malaya
Tak lain tak bukan Aaron Aziz rupanya
Wahai pengunjung budiman di alam maya
Silalah klik iklan ini agar meningkat jumlah BEnya...:)

 

Sunday, December 2, 2012

Ikan Tenggiri Masak Kicap


Agak lama juga saya tidak masak ikan masak kicap ini, tambahan pula lauk ini tidak berapa digemari oleh suamiku. Namun anak-anakku dan termasuklah diriku amat meminati lauk ini. Jadi apabila si suami 'out station' baru-baru ini, saya pun masaklah lauk ini untuk santapan anak-anak dan diriku :)

Jika nak lihat resipinya, sila klik disini. Jangan lupa memcubanya sebab sangat mudah untuk memasak resipi ini.


Friday, November 30, 2012

Sotong Masak Merah

Masakan pertama yang dimasak untuk along yang baru je balik dari Adelaide, Australia ialah sotong masak merah. Ini merupakan menu kegemaran utama along dan adik-adiknya. Termasuk aku juga.....hehehe

Jika nak lihat resipinya, silalah klik sini


Buah jambu



Selain musim buah durian, sekarang juga musim buah jambu air dan jambu batu. Jambu batu dan jambu madu ini memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan serbuk asam boi atau colek kicap! Sebenarnya buah jambu batu dan jambu madu ini boleh didapati dengan banyaknya di negeri Perak. Nak tahu kenapa?

Ini kerana di Perak banyak kawasan tinggalan lombong bijih timah yang telah ditebusguna untuk dijadikan kawasan penanaman buah-buahan seperti jambu batu, jambu madu dan limau bali. Jika nak beli buah-buahan ini bolehlah singgah di R N R Sg Perak..bermacam buah-buahan segar dijual di sana.

Thursday, November 29, 2012

Dapat BE/CPUV Lagi

Boleh dikatakan dari awal tahun hinggalah kini, ada aje pengiklan yang menaja blogku ini. Paling terbaru adalah dari syarikat telekomunikasi DIGI. DG Prepaid Smart Plan (Lihat gambar di atas) merupakan BE/CPUV terbaru yang diperolehi iaitu mulai 19 November 2012, bermakna sudah 10 hari. Jadi duit yang terkumpul pun masih belum banyak, hanya sekitar RM1.30.

Harap-harap duit yang terkumpul daripada iklan ini akan meningkat. Jadi diharap pengunjung blog ini sudilah kiranya mengklik iklan ini ya....terima kasih:)

Wednesday, November 28, 2012

Kek Perkahwinan

kek fondant bertingkat
 Selain pelamin, aku juga tertarik kepada kek-kek perkahwinan yang pelbagai bentuk. Antara yang menarik perhatianku ialah kek perkahwinan bertingkat ala-ala Inggeris yang terdiri daripada kek fondant. 


 
Kek buah labu bertemakan fairy tale cinderela
Kek buah labu ini memang ada keistimewaannya kerana dalam banyak-banyak perkahwinan yang aku hadiri mungkin ini merupakan kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Bersesuaian dengan tema pelaminnya yang berbentuk juga fairy tale iaitu kereta kuda.

Sunday, November 25, 2012

Putih Kuning Memang Menyerlah!


Berlatar belakangkan warna kuning lembut/ kuning air bergandingan dengan warna putih kapas, pelamin nampak begitu menyerlah kecantikannya.

Hiasan pelamin yang ringkas dijambangi bunga-bunga mawar putih-kuning menyerikan lagi keindahan pelamin ini.

Warna kerusi pengantin yang senada dengan pelamin menimbulkan keharmonian dan menjadikan pelamin ini tampak anggun dan bergaya.

Kepada bakal pengantin, mungkin pelamin ini boleh dijadikan pilihan anda! Atau boleh juga memilih yang konsep cinderela atau konsep bird nest in the garden!


Saturday, November 24, 2012

Sup Ayam Lengkuas

Kadang-kadang tu, kita seperti mati akal memikirkan lauk apa yang hendak dimasak! Fikir punya fikir akhirnya saya masak aje lauk sup. Namun sup ayam yang saya masak kali ini adalah sup lengkuas.

Sup lengkuas ini mampu membuka selera orang yang tiada selera makan akibat demam atau diserang selsema. Keadaan inilah yang saya sekeluarga alami sejak akhir-akhir ini... demam, batuk dan selsema! Alhamdulillah cepat baik...cuma selsema sikit-sikit aje sekarang ni!

Jika nak resipinya, klik sini .


Tuesday, November 13, 2012

Ikan Tenggiri Masak Hijau


Hari ini masak ikan tenggiri yang berbeza dari kebiasaan. Yalah acap kali masak masak merah, kali ini tukar kepada masak hijau pula. Ini kira first time lah merasa resipi ini, yang saya ceduk dari blog Home Sweet Home :Ummizaihadi . First time rasa tu...terus jatuh cinta! Sedap bangat!Jom lihat resipinya yang saya dah ubah suai ikut selera ku.....

Ikan : Tenggiri (2 keping) ~goreng

Bahan kisar :

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
sedikit belacan
5 biji lada hitam
6 tangkai cili padi ~boleh kurangkan jika tak suka pedas
2 tangkai lada merah

Bahan pelengkap :

2 tangkai daun kari
2 tangkai lada hijau ~ hiris memanjang (tak letak pun...)
2 biji limau kasturi
1 gelas air

Cara memasak  :

1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan air + daun kari + lada hijau. Garam dan gula secukupnya. 

2. Setelah kuahnya garing, masukkan ikan. Sebatikan dengan perahan jus limau kasturi, kemudian matikan api. Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi putih.



Spageti goreng

Pagi ni ira buat spageti goreng. Daging kisar tu ira buat bebola daging (lada hitam + sos tomato + garam + telur + serbuk roti)=panggang dalam pan.

Kemudian masaklah seperti biasa. Gorengkan spageti yang sudah direbus dengan sosnya + bebola daging + hotdog. Siap...boleh makan ...hehehe

Monday, November 12, 2012

Pan Porcelain!


Pernah dengar tentang pan porcelain? Tak pernah...samalah kita, saya pun baru tahu apabila si suami tercinta membeli pan ini di Pengkalan Kubor semasa dia bertugas di Kota Bharu minggu lepas.

Pan ini buatan negara Korea dan bahagian dalam pan ini diselaputi dengan 5 lapisan porcelain serta diberi jaminan tidak akan melekat apabila dimasak!


Nak tahu juga sama ada betul ke tak. Jadi tengah hari tadi, mulalah memanggang ikan pari di dalam pan ini. Memang betullah, ikan pari yang dipanggang itu memang tak melekat sedikit pun pada pan ini...very fascinating!! Nak bersihkan pan ini pun mudah,hanya lalukan air pada pan ini ketika masih panas...!


Dan hasilnya....ikan pari bakar! Nak tahu rempah ikan pari bakar ini, sila klik sini . Kali ini rempah ikan bakar ini dibuat oleh angah yang balik bercuti mid-sem selama seminggu.