Sunday, September 30, 2012

Ayam Panggang Berempah


Pagi tadi goreng mee,
Panggang ayam guna pan dibeli suami,
Sungguh sedap rasa ayam ini
Jika nak resipinya, tekan di sini

Ayam Panggang Berempah

Baru-baru ini, semasa ke Kota Bharu untuk bertugas si suami tercinta sempat ke Pengkalan Kubur untuk membeli pemanggang ajaib (non stick double fry pan) tapi malangnya sudah habis. Namun nasib menyebelahinya apabila ada stafnya memberitahu ada dijual di kedai berhampiran pejabat. Apa lagi, peluang itu dirembat oleh suamiku untuk membelinya.

Hari ini barulah aku berpeluang mencuba dry pan ini. Masakan pertama yang dicuba ialah ayam panggang berempah dari blog Chef Hanieliza. Jom ikuti resipinya yang aku ubah suai ikut selera ku..

Bahan :

1 ekor ayam ~ basuh dan toskan


Bahan kisar :  

6  ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 inci halia
1/2 sudu besar lada hitam


Bahan sos :

4 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
garam secukup rasa

Bahan pelengkap :
ubi kentang dan lobak merah

Cara memasak :
1. Gaulkan semua bahan kisar dan bahan sos sehingga sebati.

2. Gaul sebati dengan ayam + ubi kentang + lobak merah. Letak dalam pan dan bakar selama 20 minit.

3. Semasa masak tu, keluarkan kuahnya untuk mempercepatkan ayam itu garing! Sos itu boleh digunakan sebagai kuah.

Semasa memanggang dah berbau yang amat menggoda...dah tak tahan ni tapi kena  tunggu ...belum masak lagi! Sabar ya..

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013 : Semua ada bahagiannya!



Emak ~ Bonus 1 1/2 bulan
Si emak senyum meleret....hihihi

Along ~masih bujang!
BRIM RM250
Si along kena kawin lambat sikit...hahaha

Angah ~belajar kat U
Baucer Buku RM250
Oh..oh banyaklah lagi novel yang akan dibeli!huhuhu

Wani,Ira dan Syu
Bantuan Pendidikan RM100
Wah...berbelanjalah nanti beli macam-macam!hohoho

Tok Ma 
Kenaikan pencen RM100
Tunggakan dari bulan Januari lagi
Kayalah Tok Ma...mintak sikit!hehehe

Ayah?? Tak masuk book...
kerja swasta!

Thursday, September 27, 2012

Ayam Bumbu Bali

Agak lama juga tak masak menu ni. Tapi semalam atas permintaan si wani, ira dan syu, saya memasak menu ini. Jom lihat cara memasaknya....

1. Tumis bahan kisar hingga garing. (Bawang putih + cili padi + buah keras + halia dikisar hingga lumat).

2. Masukkan 1 kotak santan (200ml) + 1 cawan air +1 keping asam gelugur + 1 biji ubi kentang (potong dadu) + daun limau purut (3 hingga 5 helai) + 1 sudu besar kicap pekat + 1 sudu besar kicap manis.  Garam + gula secukupnya.

3. Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu(garam + kunyit) dan 2 labu bawang besar (mayang bulat). Setelah bawang agak layu, angkat. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas.

Tuesday, September 25, 2012

Telur pindang

Baru-baru ni dapat 2 biji telur pindang dari jiran depan rumah. Anak-anakku sibuk bertanya kenapa warna telur ni merah kecoklatan! Hairan sebab tak pernah tengok telur pindang sebelum ni.

Di sini..tempat aku memang tak ada telur pindang. Kalau balik dari kenduri tu, dapat telur rebus je. Sebenarnya telur pindang ni hanya ada di negeri Johor...setahu akulah sebab menantu jiran aku tu orang Johor.
Rasanya ....mungkin ada beza sikit dengan telur rebus sebab telur pindang ni direbus dengan rempah atau herba.

Sunday, September 23, 2012

Ijab Termakbul di Steel Mosque


 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
diambil dari blog majestad

Masih ingat lagi entri terdahulu saya iaitu pelamin berkonsepkan cinderela, entri kali ini  masih berkisar tentang perkahwinan anak saudara suami saya iaitu tempat akad nikah yang dipilih oleh pengantin. Lokasi tersohor ketika ini yang menjadi pilihan pengantin untuk melangsungkan akad nikah ialah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga terkenal dengan nama Masjid Besi (Steel Mosque). Lokasinya di Presint 3, Putrajaya.

Masjid ini dipanggil Masjid Besi kerana 70% (6,000 tan keluli) pembinaannya terdiri daripada baja keluli.  Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya. Sumber : Wikipedia Ensiklopedia.

Dari masjid ini, kita boleh melihat tersergam indah jambatan Putrajaya.


Landskap luar Masjid Besi ini juga dilengkapi dengan air pancuran yang menyejukkan mata..


 Sebelum pulang, dermalah seikhlasnya di tabung ini, semoga sedekah kita diterima Allah...amin.



  

Friday, September 21, 2012

Mee Rebus


Sebelum angah menyambung pelajarannya ke UM pada awal bulan September lepas, angah meminta emaknya ini memasak mee rebus. Biasalah kan, kalau dah permintaan si anak tu...pasti maknya tak sampai hati untuk menolaknya! Jom kita layan cara memasaknya ....

1. Mee kuning 2 bungkus ~ celur dengan air panas dan toskan.

2. Tumis bawang putih (mayang) + bawang kisar = naik bau. 

3. Masukkan lada hitam (tumbuk halus) + isi daging/ayam + air + fish ball (saiz besar). Setelah mendidih masukkan sayur sawi. Garam dan gula secukup rasa. 

Cara hidang : Mee kuning + kuahnya + sos lada kicap.

Monday, September 17, 2012

Pelamin Perkahwinan konsep "Cinderela"

Cantik sungguh pelamin perkahwinan anak saudara suamiku yang berlangsung pada 15 September lepas. Temanya 'fairy tale'..ala cinderela..
Begitu juga dengan keknya yang berbentuk kereta kuda buah labu...

Thursday, September 13, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Puding Oreo Bercoklat

Sebelum menyambung semula pelajarannya di UM, chef aiman sempatlah membuat sejenis puding iaitu puding oreo bercoklat. Sebenarnya, semua bahan puding ini saya dah beli awal-awal kononnya nak buat time puasa hari tu. Tapi niat tu tinggal niat...tak terbuat pun!

Nasib baik chef aiman tolong buatkan...dan tak kempunanlah adik-adiknya nak merasa puding oreo ini. Sedap tak terhingga, terutama bila makan sejuk-sejuk dan paling menyamankan bila biskut oreo ini 'melt' dalam mulut. Bahagianya lah....:)

Nak tahu resipinya, jangan segan-segan klik link di bawah ya....

Sunday, September 9, 2012

Kari Ikan Tenggiri & Telur


Jika bahan utamanya ikan, saya biasa masak ikan masak merah atau ikan masak kicap. Tapi kali ini, ubah sikit menu, masak kari ikan dan  tambah telur sebab ada telur rebus yang dapat ketika pergi jamuan kahwin tempoh hari. Jom tengok cara memasaknya..

1. Tumis bawang putih (mayang) + bawang besar (kisar - 2 sudu besar) + cili boh (2 sudu besar) sehingga garing. Kemudian masukkan rempah kari (1 paket kecil) + sedikit santan =masak sehingga rempah garing.

2. Masukkan ubi kentang (1 biji - belah 4) dan lebihan santan + sedikit air. Masak sehingga kentang empuk.

3. Masukkan ikan tenggiri (2 keping saiz besar) dan telur rebus (3 biji). Gula + garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak. Kemudian matikan api. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas dan ikan bilis goreng atau keropok keping. 

Tuesday, September 4, 2012

Tenggiri masak merah

Petang ni masuk dapur,masak lauk kegemaran ramai...tenggiri masak merah untuk berbuka puasa sunat syawal. Asalnya ada 3 ketul ikan tenggiri tapi 1 ketul dah dibawa lari oleh simontel! Jom layan cara masak...

1 Goreng dulu ikan tenggiri ini yang sudah dilumur sedikit garam.

2 Tumiskan bawang kisar + cili boh hingga garing.

3. Masukan 1 sudu besar sos tomato,1 sudu besar kicap manis + 1 sudu besar kicap masin + air.

4. Masukkan garam + gula melaka@gula secukup rasa. Masak sehingga kuah agak pekat + ikan. Angkat + hidang.

Sunday, September 2, 2012

Pengukus tupperware

Berguna sungguh pengukus tupperware ni. Boleh guna untuk kukuskan nasi impit atau lain-lain makanan yang disimpan dalam peti ais. Contohnya ayam goreng, tak perlu goreng sekali lagi untuk panaskannya tapi kukuskan aje dalam bekas pengukus ni menggunakan kuali yang diisikan air.

Sebenarnya pengukus ni aku dapat sebagai tukaran dengan bekas-bekas tupperware yang telah rosak. Cuma bayar sedikit je...bestkan guna bekas tupperware ni walaupun mahal tapi berbaloi! Betul tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...